pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Sunday 25 December 2011

wahai wali allah....ku kagumi mu....


kerana allah aku tinta surat ini...

Sewaktu menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut, rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al Basri.
Setelah tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada Menterinya.
Harun Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau apakah ada jemputan yang tidak hadir ?
Menteri : Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.
Harun Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?
Menteri : Hassan Al Basri, wahai khalifah.
Harun Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.
Harun Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri. Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku. Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri surat itu ke tangannya.
Harun Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid, sambil diringi beberapa orang pegawai istana.
Sewaktu Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.
Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri
Tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri. Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.
Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri
Sang Menteri memberi salam buat kali ke-2.
Masih tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.
Menteri : Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi milik Khalifah Harun Al Rashid.
Sang Menteri memberikan salam buat kali ke-3.
Maka berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.
Murid : Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat dari khalifah.
Setelah mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri tersebut.
Hassan Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk apa kau ke mari ?
Menteri : Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku harap kau terimalah surat ini.
Jawab Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis, agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan murid-muridnya.
Murid : Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ? Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.
Hassan Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka surat tersebut dan dibaca.
Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al Basri.
Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut. Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.
Sekian.
Daripada Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid
Dengan riak muka yang marah, dan nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.
Hassan Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.
Salam,
Harun,
Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong perbuatan mungkar mu ?
Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah akan ku cari rezeki keesokan hari ?"
Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan kesedihan akibat kemiskinan.
Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati. Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan.
Apakah untuk ini engkau dijadikan Allah ?
Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku putuskan persahabatan ku dengan mu !!!
Sekian.
Hassan Al Basri
Tersentuh hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri. Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.
Hassan Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.
Menteri itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri tersebut kepada para pedagang di pasar itu.
Menteri : Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan harga yang murah.
Para pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut. Berkatalah salah seorang daripada mereka.
Pedagang : Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?
Menteri : Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti yang dipakai oleh ahli sufi.
Maka urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia bertanya kepada Menteri.
Harun Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?
Menteri : Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri. Aku telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini. Aku akan mengikuti tuan ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati Allah dan Rasul Nya.
Menteri itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid, jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan keinsafan.
Di beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya.


Saturday 24 December 2011

bila tibanya nanti....






cinta itu nikmat tapi...awas..!!

Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.
Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.
Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.
Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.
Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.
Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.
Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.
Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?
Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.
Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?
Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.
Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.
Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.
Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?
Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.
Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.
Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

akhirnya aku...







kanvas hidup daie ini….

Hari ini genap daie ni berada selama 1 tahun setengah di bumi nilai mengutip mutiara ilmu dibumi USIM…
Satu tempat yang tak pernah aku impikan untuk menjejaki kaki…. Bermula di Maahad muhammadi (p) p.pekan…aku memasang impian…aku mula nekad untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi…sehingga pmr result sejarah mampu aku target A..seiring subject BI..aku seronok..nak amik aliran sains sebagaiman kakakku..aku lupuskan…sudahnya..aku masih dibumi maahad…aku sangat terabur dalam merancang…!
Itulah aku….daie kerdil ini…
Selepas result smu diumumkan…aku antara 25 calon “best student”..pergh…ada aku kisah…tapi bangga tetap timbul jauh disudut kalbu…saat ni..ALHAMDULILLAH…=)
Spm menjelma..berada dikelas pertama bersama 25 sahabat yang hebat2x..aku antara yang terbaik…hehehe..bukan nak ujub..bermulanya taklifat yang mengunung tinggi..saat ni la aku menjadi timb exco kerohanian PENGAWAS sekolah..layakkah aku??
s/u briged bekti…reasonnya…dah 3x aku wakil sekolah peringkat negeri(Kelantan)
arghhh….spm semakin hampir….target aku matrik( akaun)…add math menyesakkan minda…math pun aku dah jauh nak carry…senang cerita..i hate numbers…!
Bendahari tanzim R sekolah..tak menekan tapi rasa tertekan…amanah tetap aku pikul…
Akhirnya…result spm diumumkan…target tak mencapai untuk bawak aku ke MATRIK…
Aku mula bermonolog sendiri…
“Kau dah kecewakan ma&abah…”aku nekad nak buat rayuan…
STAM…pilihan terakhirku…ma meniup semangat…cita2x lama  menjadi debu sepi…ok…fine!
Aku mula focus…..tapi ramai pulak sahabat seperjuangan dapat tawaran dip dan matrik disaat hati mula bangkit..arghhh sekali lagi aku down..2 sahabat baikku…FARHANANI dan SYUHADA dapat asasi UIA… tinggal bersama FARAH sahabat semenjak di sek ren lagi….
Dia meniup semangat
” mira..tahu tak kenapa ALLAH..tak benarkan kita berdua pergi…sebab ALLAH..nak kita amik stam..belajar ilmu agama..paling penting jaga sekolah…kita kan dhabitah..kalu bukan kita yang diamanahkan ini menjaga sape lagi yang nak jaga?? Ingat perancangan ALLAH cukup hebat…!”
Aku terdiam..berfikir dan berfikir….sayang kamu farah…!
Result pertengahan stam sangat teruk….!
Argghhhh..sekali lagi  aku membuatkan ma malu…aku merotan jiwaku dengan memaki hamun diri sendiri…pimpinan sekolah tapi....erkk..malu pada cikgu2x...dan senior yang selama ni memang kagum denganku...,terus memberi semangat...
Dengan semangat yang dicampak ALLAH tanpa sedar…aku mula nekad STAM KALI NI..AKU NAK JADI YANG TERBAIK….! AMIRA USAH TOLEH KEBELAKANG LAGI…..! 3 bulan lagi….
Trial stam aku bersama 9 sahabat menjadi wakil sekolah ke hotel MGU KOTA BHARU…yeah…harapan makin cerah ustazah dan ustaz memberi semangat…!
Sebulan lagi STAM….!!!
Aja2x fighting…..
STAM ku hadapi dengan tenang….berkat doa ma&abah…
Sahabat2x….
pertolongan allah paling utama...
Result STAM….keluar dan aku…menerima ucapan..”tahniah amira…” us ikbal tersenyum memandangku……
Akhirnya….aku hampir menanggis…
2 minggu lepas tu..sewaktu program tarbiyyah sekolah…aku dan sahabat yang menjadi fasi program dalam debar menanti result UPU…
Aku nak jadi guru..cita2x terbaru….
Salah seorang sahabat mula check result melalui sms..alhamdulillah ketujuh2x sahabatku Berjaya menjejaki kaki ke usim…usim???…pergh…aku orang kedua terakhir yang check result…QI05…KOD PENGAJIAN KU….
Senior ku…kak syahirah sopi…!
“Oohh..cos quran sunnah…”haaa…..aku terkedu pilihan ke 4 ku…aku nak gi um….
Hujung minggu berikutnya..aku bersama 5 sahabat Berjaya mengikuti ujian medsi(um)seronok…tak nak gi usim…!
2 minggu berikutnya ujian temuduga…arghh..frust aku kena terima hakikat…cita-cita sebagai guru akan jadi sebagai debu lagi…..AKU NEKAD….
Setelah pelbagai ujian dan mehnah ku hadapi…03/07/2010…aku menjejakkan kaki ke BUMI USIM…!dan kini…… Bergelar lah aku mahasiswi USIM.

Thursday 22 December 2011

amar makruf nahi mungkar


malam ni..




Aku bersama sahabat berganding bahu sekuat tenaga…
Membanteras ikhtilat.couple di perkarangan kampus dan kolej kediaman..ber”STAND”kan MMP…
Alhamdulillah..
Aku bertemu satu kumpulan madu’ ku…
Sungguh mereka punya hati yang mudah ditawan…jika uslub dakwah yang digunakan tenang berbaur keikhlasan…pasti mudah dakwah ini
Wajah itu terpaku serius menanti..bait2x kata ku..
Sungguh mereka mdambakan..
Suara2x dakwah bersulam tarbiyyah dalam diri mereka…dan aku..
Bersyukur tidak terkira..
Moga kalam ku menberi erti pada mereka..
Moga perbuatan ku menjadi benar pada pandangan mereka…
Wallualam..

Wednesday 21 December 2011

peringatan yang menyedarkan jiwa....


saat ini....

tersentak dek tazkirah maghrib oleh seseorang yang aku kagumi dalam diam..
senior yang pernah memberi aku nafas baru sebagai seorang daie...

"jangan berkira dengan ALLAH,,bimbang ALLAH berkira dengan kita..."
semakin banyak taujihat yang keluar dari celahan bibirnya semakin dadaku dihimpit sebak yang menggunung,,,
tambahnya lagi..
"jiwa satu makhluk yang paling sukar dijaga...tapi jagailah ia seelok mungkin dan kita akan diUJI kerananya...."

teringat kata taujihat senior lelaki yang ana fikir layak digelar "ulama muda"...
kita hidup didunia dengan 3 perkara: - RUH
                                                           - JASAD
                                                           -AKAL
semuanya akan kembali pada ALLAH kecuali jasad..tapi manusia hari ni sering memeikirkan keperluan jasad melebihi keperluan rohani kita..
YA ALLAH..
tetapkan langkah ini dijalan ini...
teguhkan hati ini untuk yerus menegakkan kalimah tayibbah MU..
 
LA ILLA HAILLALLAH.....

Friday 9 December 2011




NASIHAT  TENTANG SAHABAT….
Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:
Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

SAHABAT SEJATI:PENCORAK KEPERIBADIAAN MURNI.....


NASIHAT 
TENTANG SAHABAT….

Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:
Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.



Thursday 8 December 2011

sempurnanya ukhuwah ini....

                            sahabatku ini...
kukenali sewaktu kami sama-sama di medan tarbiyyah....
sahabatku ini...
kurindui untuk terus berada dijalan dakwah...
sahabat..
yang membantu saat jatuh...
yang mengenggam tanganku saat lemah....
yang meniup ruh jihad islam dalam diri.....
yang sentiasa mendoakan..
walau jasad jarang bertentang....
akhowatku....
selamanya ukhuwah ini terpatri...
bukan untuk dibangga,,apatah lagi untuk kita sama-sama..berburuk sangka...
asasnya ia...
kau kusayang kerna illahi...
sama2x dimedan islami....

hayat daie agung ini......



Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW