pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Monday 31 March 2014

khas dariku untuk mu..


Kami bergelar teman sewaktu berusia seawal 11 tahun..
masing-masing daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Berbeza sama sekali.
Empat kanak-kanak ceria.
Nurul Syuhada, Nur Farhanani, Nor Amira dan Farah Haryanti..
Persahabatan indah ini bermula di sek keb pasir pekan..
Dikelas paling cemerlang, 5 cemerlang 1..
Mengukir memori terindah..
Persahabatan indah ini bersambung hingga ke bumi maahad..
Maahad muhammadi pasir pekan,Maahad penuh barakah..
Hampir 7 tahun kita.. bersama..
Syuhada! Kakak bagi kita semua..karakternya yang matang..
Banyak titipan nasihat darinya kami dengar..
Amira! Diriku yang ceria..
Sering tersenyum dengan lawak happy darinya..
Farhanani! Si cilik yang suka berkata-kata..
Bermacam-macam cerita menghiburkan suasana..
Farah! Sopan dan bersahaja..
Ada sahaja ungkapan kata-kata yang menyedarkan jiwa..
Kini! Segalanya telah berubah..
Berubahnya usia kita..
Berubahnya fizikal kita..
Tapi tidak ukhuwwah kita..
Kita masih setia bersama jika ada masa..
Masih berjumpa..
Farah dan Amira dibumi Nilai menyambung pengajiaanya..
Syuhada dan Farhanani di Gombak dengan cita-citanya..
USIM dan UIA pilihan kita..
2 orang dalam bahasa arabnya..
Seorang dengan pengajian quran dan hadisnya..
Seorang dengan psikologinya..
insyaAllah nanti kita bersua..
kita akan berkongsi cerita..
banyak yang ingin dibicara..
tapi semuanya indah belaka…
cukuplah sekadar kita berempat yang merasainya..
ada satu kata-kata khas utk kalian..
“ Allah mengajar kita melalui teman..
Allah mengajar kita melalui pengalaman..
Allah mengajar kita melalui ujian..
Untuk kita menjadi hamba yang beriman..
Hargailah sahabat ketika disisi..
Rinduilah bila ia jauh disisi..
Pengalaman membina kekuatan diri..
Ujian untuk cekalkan hati..

Akhir sekali kita bertemu ya Rabbi..”

dari kiri : farah, nani, hada., mira..hee..=)

Sunday 30 March 2014

anugerah terindah..

Salam chenta berbaur mesra kerna ILLAHI
..
Semenjak sem 1 sehingga kini sem 8 !
sem praktikal!

Allahurabbi..

Pantas masa berlalu..
Tanpa aku sedar aku kini semakin berginjak usia kearah yang lebih matang..
Cuma..

Sikapku masih kebudak-budakkan..
Emm.. bukan tak nak berubah..
Cuma mencari ruang dan waktu untuk lebih tabah..
Hee..

Pesan ma dan abah
“k.ira kena berubah dah.. tak leh manja2.. kena jadi kuat.. orang hebat kan..”
Suara ma.

Abah menambah.
“anak dara sapo??”
Aku tersenyum..

Wajah kalian indah..
Kalian anugerah terindah..!

Kini aku meneruskan baki-baki 2 bulan terakhir di alam “pekerjaan”

Rabbi Yasir wa la Tuasir wa tammim bi khair..
sayang MA dan ABAH..
sampai JANNAH..
hari pertama yang di sem 8~


 Ya ALLAH..
Pelihara kedua ibubapaku..
walau dimana sahaja mereka berada..
kerna,
aku amat meyayangi mereka..

syukran atas anugerah indah ni..

jagalah hati ini..

Teman…
Kawan..
Sahabat..

Semuanya kalimah yang berbeza tapi membawa MAKSUD yang sama..
Iaitu seseorang yang sentiasa disisi kita selepas ahli keluarga..

Tepat sekali…

Tapi mengapa susah mencari sahabat kawan atau teman sebaik sahabat nabi..

Kerna aku tahu..
Jawapannya..

Aku bukan nabi..

Tapi aku cuba mengikuti peribadi nabi..

Tak banyak moga ada sisa mahmudah berbekas dihati..

Aku yakin tak semua menyenangi..
Kerna kita tak bisa paksa orang menyayangi..
Apatah lagi mencintai..

Cumanya!
Aku mohon pada ya Rabbi..
Saat semua MANUSIA membenci..
Saat semua seakan menghindari..
Moga,
YA RABBI kau sentiasa memerhati..

KAU  sentiasa menyayangi…
KAU sentiasa mencintai..

Moga itu mengubat HATI kecil ini..
Agar terus kuat berdiri..
Mengharungi dunia yang singkat kini..


PESAN SEORANG TEMAN:
“..hargailah sahabat yang ada disisi.. supaya kelak bila dia takde kita tak menyesal nanti..hakikat manusia bila dah tiada baru nak diingati..”

Aku akui kata-kata ini..
insyaAllah selagi termampu akan dijaga hati teman disisi…
Cuma mengharap dia menghargai..

Sabarlah hati…


Sabarlah hati..


Thursday 27 March 2014

bicara hati kerna ILLahi..

salam sayyidul ayyam..

Salam indah buat para pembaca entry blog ini..
Maaf lama sudah laman entry ini kutinggalkan.. sibuk! Takdelah.. pejuang agama mana ada istilah sibuk..

Cuma mungkin keterbatasan waktu yang membuatkan laman ini bersarang seketika..

Ringan sekali jemari ini menaip perihal HATI..
Hati..

Kalimah yang sering kita dengar dan sebut..
Tapi tahukah kalian semua teman2..
Hati jika tidak dijaga mungkin bersarang PENYAKIT..

Penyakit hati..
Benar! Tepat!

Penyakit hati berbeza dengan penyakit jasmani yang mudah diUBATI penyakit HATI ubatnya AL QURAN kalam ILLAHI..

Jika timbul rasa sedih..
Jika ada rasa marah..
Jika terbit rasa kecewa..
Jika pernah rasa gembira..

AL QURAN adalah peneman abadi..
Kalam terus dari ILLAHI..

Ayuh! Hayati..
Al kahfi yukkkk! Moga jumaat ni diberkati YA RABBI.. 


temanku.. andainya kau tahu..

Qalam amiera ibrahim 290114

Andainya kau tahu~
Hanis..kita bertemu di jannah ye..~


Pagi yang nyaman itu, Awanis menuju ke taman untuk menghirup udara segar.. sesekali jemarinya menaip sesuatu pada key board asus hitamnya. Teringat peristiwa dengan Hanis kawan baik yang banyak berkongsi cerita. Suka dan duka. Kisah mereka berdua dicoretkan, dalam kertas putih mengukir cerita. Penuh teruja.
Kring.. kring…
Telefon berbunyi.
“assalamualaikum.. cik anis..” satu suara yang dirindui.
“waalaikummusalam.. hey! Anis.. ke ni.. ya Allah rindunya.. nti kaif hal?” hampir menjerit.
Hanis ditalian tersenyum mesra. “Alhamdulillah.. shat aje… ana la ni.. takkan tak ingat kembar sendiri.. awanis n hanis.. hee..buat apa tu?” soal temannya dihujung talian.
“tengah berangan.. hehe.. takdelah ana ingatkan nti la.. tapi seposen je..” ada tawa dihujung ayatnya.
“amboi.. amboi.. berangan kan kita tapi tak nak ngaku.. eleh! Sombong.. takde la ana gurau je.. mcm ni.. telefon ana rosak ni baru beli baru.. hampir 2 bulan ana tak tentu arah tanpa handset.. nasik baik ana ada salin semua nombor kenalan dalam diari.. lucky! Nom nti pun ada..” panjang lebar Hanis bercerita. Awanis tersenyum dan mengetuk kepalanya sendiri. Hampir 3 bulan jugak lah dia bersu’u zhon dengan temannya yang disangka telah melupai dirinya.
“oo.. mcm tu ke.. ana ingat nti dah lupa kat ana.. maaf-maaf ana salah faham la ni.. apa pun terima kasih call ana.. rindu sangat2.. bila balik seremban atau kelantan?” soalnya.
“emm.. so su’u zhon dengan ana la ni.. hehe.. insyaAllah next month ana fly Malaysia.. ada banyak kerja sikit kat Kuching ni.. cik awanis.. kita kan dah 25 tahun.. work is number one.. dulu time study takpe la nak gosip2..cerita2.. hee.. so nti mcm mana skrng? Apa cerita kerja sbgai muadibbah?” soal Hanis.
“so far so good.. Alhamdulillah.. anak2 pasti semua baik2 dan manja2.. serasi dengan jiwa ana..” suaranya.
Hanis tersenyum. Seronok khabaran sahabatnya disana baik-baik sahaja.
“anis.. ana harap semua keadaan disana ok.. ana rindu nti..!” tulus sahaja dari hatinya. Awanis tersenyum.
“insyaAllah nti pun.. nanti nak hantar kad wangi maklum ye..” suara hanis lagi. Awanis tergelak.
“nti ni.. mengada-ngada.. insyaAllah nti orang pertama tahu..” suaranya ceria. Bakal suaminya seorang guru di pantai timur. Kampung halamannya. Dia nekad bermastautin selama setahun di bumi negeri Sembilan selepas tamat pengajian di univesiti tempatan di bumi Nilai, bagi mengutip pengalaman sebelum bergelar suri hati kepada lelaki idaman pilihan keluarganya.
Mereka jarang berhubung bagi menjaga hubungan sebelum berkahwin kerana prinsip Nur Awanis Umaira hubungan selepas kahwin ditentukan bagaimana pasangan itu menjaga hubungannya sebelum kahwin. Iyad Rizkullah lelaki yang menyuntingnya melalui kedua ibubapanya. Teruja dihati kerna lelaki itu merupakan senior sekolahnya yang dihormati dalam diam meminati dan memerhati dirinya untuk disunting sebagai isteri.
“ betul.. maira,iyad  telefon ibu tadi.. dia kata nak datang rumah?” suara ibunya, puan rahmah.
Terkejut bukan kepalang. “maksud ibu?” soalku. Kurang mengerti.
“ dia nak bincang hal kamu berdua..” kedengaran suara ibunya . ceria.
“Allahurabbi.. berita apa ni? Takde ribut.. takde angin.. “ hatinya ada nada getaran. Ye! getaran terkejut dan malu semuanya bercampur.
“Anis.. anis… nti tidur ke berangan.. anis..” Hanis memanggil dihujung talian.
“Allahurabbi… maaf2.. anis.. ana mengelamun pulak.. hee.. nti ni..” awanis tersedar dari lamunan panjang. Mengetuk kepalanya. Memarahi diri yang sempat lagi mengimbau kenangan 5 bulan yang lalu.
“ emm… berangan  I told u just now.. hee.. Nur Awanis Umaira bt Rahim.. nti ni…” Hanis tergelak.
“maaf2.. cik Nur Hanis Filzah.. ana call nti balik malam ni.. ana terima panggilan dari seseorang ni.. rindu nti lilLah.. “ salam bertukar. Talian mati.
---- 013 474xxxx ---
        Calling…..

Hatinya berdebar-debar. “Nom sape pulak ni..?” menanyakan dirinya sendiri.

“Assalamualaikum.. “ suaranya.
“Waalaikummusalam.. maira..” suara serak basah dihujung talian. Macam pernah dengar. Tapi sape? Soal hatinya.
“ ye maira..sape ye? Maaf..” suaranya jujur. “Maira” hanya keluarganya yang memanggil dengan nama itu. Melainkan dia…
“iyad” ringkas dihujung talian.
“oo.. us, kaif hal? “ dia mula serba salah.
“Alhamdulillah.. nti? Sibuk ke sekarang.. nak tanya soalan hajatnya..” suara lelaki itu. Telus tanpa berselindung.
“Alhamdulillah.. shat us.. ana ok je sekarang.. ada apa ye?” soalku.
“macam ni Maira..ummi ana berhajat nak jumpa anti.. bila anti balik Kelantan?” soalnya.
Aku terdiam. Apa jawapan terbaik. Mindaku mencerna idea dan paling tepat jawapan terbaik untuk bakal tunangku ini.
“emm.. insyaAllah bulan 6 ni us.. waktu cuti sekolah.. pasti pun cuti, ana tak sempat nak celah balik dalam waktu terdekat ni..” suaraku.jujur.
“oo… untuk makluman nti la.. ummi ana datang dgn hajat, ana dah maklum hal ni pada ibu dan ayah..” suara lelaki itu. Tegas.
Aku mengangguk. Ehh…dia nampak ke respon aku? aku berdehem halus.
“emm.. oo yeke? Ibu tak maklum apa-apa pun pada ana..” suaraku.
“ semalam baru ana call ibu.. emm, takpe lah.. nanti ibu maklum lah tu.. ok maira, ana ada kelas kejap lagi.. jaga diri.. assalamualaikum..” suara iyad rizkullah.
Aku menjawab salam.
Aku mengeluh perlahan.
Ibu… ibu…
Aku mengerti hajat yang dimaksudkan..

***************
Nur hanis filzah memegang dadanya . sakit yang mencengkam dadanya. Allahurabbi.
“sakitnya.. Ya Allah…Sakitnya..”
Ubat penahan sakit dalam tas tangannya diselongkar laju, dia menahan sakit dengan kerutan muka.
“ya Allah..”

“hasil ujikaji dan pemeriksaan yang dilakukan oleh kami cik Nur Hanis filzah menghidap penyakit Angina pektoris. Hal ni dapat dikesan dengan gejala-gejala yang cik hanis alami, sakit dada disebelah kiri kerana kekurangan oksigen.. kami akan beri ubat penahan sakit kepada cik dan cik kena makan ubat ni secara konsisten.. penyakit ni berpunca dari stress dan kegiatan aktiviti bersifat berat dan lasak “

Ubat penahan sakit “Tasly Danshen Plus” diambil dan dia menelannya segera. Dia membuka kotnya. Merehatkan dirinya. Dia bersandar pada kerusi empuk pejabatnya.
“ Ya Allah.. “ suaranya,perlahan.

Dia merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan berpersatuan semenjak dibumi kampus, teman seperjuangannya Awanis Umaira amat memahami dan sering menasihatinya agar tidak melupakan kesihatan. Dia yang merupakan pelajar lepasan “kimia industri” kini bekerja di Jabatan Kimia Kuching sebagai pegawai Analisis Kimia. Ubat-ubatan yang akan dihantar ke semua hospital akan dikaji oleh jabatan kimia nya sebelum dibekalkan kepada Hospital- Hospital kerajaan dan swasta.

“sakitnya dada ana… ya Allah.. anis..” suara Hanis. Awanis yang selesai mengaji surah Al mulk mendapatkan sahabat baiknya itu.
“ya  Allah nape ni.. anis..?” soalnya.
“dada ana…” dia memegang dada kirinya. Terasa lemas.
“nti tenang.. ana urutkan.. “ awanis hampir menanggis melihat sahabatnya itu.
“cak! Haha..” dia ketawa “lawaknya” menjadi.
“ana yakin nti mesti nanggis nanti nak pisah dengan ana.. coz anti sayang ana.. hee..” dia memeluk  Awanis. Awanis menarik muncung itik.
“nti ni gurau benda2 mcm ni.. sakit betul-betul macam mana…?” soalnya. Geram.
Nur hanis filzah tersenyum sambil mencuit-cuit pipi gebu Nur Awanis umaira yang masam mencuka.
Kenangan itu.

Pandangan Nur Hanis Filzah kelam. Gelap.

*************************

Hari itu hari yang mendebarkan Nur Awanis Umaira bakal mertuanya akan datang selepas sembahyang jumaat, majlis kecil a.k.a majlis pertunangannya dengan Iyad Rizkullah. Dia merenung telefon nokianya. Tiada mesej balasan daripada sahabat baiknya Nur Hanis Filzah.
“Mana hanis ni call tak angkat.. mesej tak respon.. takkan tak datang pada majlis ni..” dia mengomel.

Majlis kecil itu dihadiri oleh keluarga dekat sahaja. Cuma Nur Hanis Filzah special satu-satunya orang  luar yang Awanis jemput untuk meraikan hari bahagia itu. Awanis masih berpegang pada hadis.
“   rahsiakan pertunangan dan iklankan(hebahkan) perkahwinan“

tapi dia sedar taraf hadis ini dhoif cuma untuk pegangannya sahaja. Awanis  nak mengelakkan dari menjadi hasad kepada orang ramai yang mungkin ada perasaan negatif.

Sejak beberapa hari kawannya itu tidak dapat dihubungi.
“anis.. pick up the phone.. nti kata balik Malaysia.. emm..” awanis memintal-mintal lengan jubah peachnya yang sedikit bermanik. Dia ternanti-nanti panggilan atau mesej daripada sahabatnya.
“maira..” satu suara menyapa.
“oo.. k.alin..” suaranya. Kakak sulungnya yang sedang hamil 4 bulan itu menjengulkan mukanya dan menghampirinya yang duduk dibirai katil biliknya.
“nape gelisah ni?”soal kakaknya.
“emm… anis.. dia tak angkat fon.. dah puas contact..” Awanis bersuara. Jujur.
Kakaknya Nur Adlin Imanina mengetahui dan maklum mengenai keakraban dua sahabat itu, hatta disaat majlis walimahnya dahulu Nur Hanis Filzah yang menyiapkan inai untuk dirinya dan sanggup bermalam 2 hari sebelum majlis. Itulah gambaran ukhuwwah antara adiknya dan sahabatnya itu. Mereka umpama sebuah keluarga.

“dia sibuk kot..” K.Adlin menenangkan hati adik keduanya itu.
“tak lah.. dia cakap dia balik Kelantan.. “suara Awanis. Mukanya sedikit mencuka.

“eishh… maira jangan masam macam ni.. jap lagi bakal ummi nak datang, dengan si dia.. buat muka macam ni hilang seri tunangan orang nanti..” akaknya mengusik cuba menbuang keruhan wajah adiknya. Awanis tersenyum nipis.

“hah! Cantikkan senyum… kejap lagi iyad sampai dia dah ada dekat masjid tepi rumah kita.. siapkan diri tu…nanti ibu panggil maira keluar ye..” kakaknya berlalu. Dia merasa sebak dan gementar.

Sebak kerna kawan baiknya tiada disisi sepertimana yang dijanjikan.. gementar dengan status yang akan dia pegang selepas ini. “tunang” kepada seorang lelaki yang mula mengetuk pintu hatinya.

Tak semena-mena satu wangian mawar melintasi ruang hidungnya.  Dia mengeluh perlahan.

*****************

Sebulan sudah bergelar tunangan kepada Iyad Rizkullah. Sebulan juga khabar dari Nur Hanis Filzah tiada. Sepi.

“nti takkan hilang fon lagi.. kalau hilang kenapa masuk je ana call… nti smpai hati buat ana mcm ni.. nti mungkir  janji.. “ desis hati kecilnya.

Gambar mereka berdua yang terdapat dalam simpanan memori telefonnya direnung satu persatu. Awanis  tersenyum sendiri dengan gelagat mereka berdua sejak dibumi kampus hingga waktu kegemilangan mereka hari konvokesyen. Sejak konvo mereka membawa haluan masing-masing, hanya rangkaian telefon menghubungkan keduanya.
Hampir 8 bulan. Ye 8 bulan selepas konvo..

“hanis…” dia menyeka air matanya.

“ustajah.. ustajah… aiman kencing” harith datang mengadu. Kanak-kanak berusia 4 tahun itu menunjukkan posisi sahabatnya yang diam dibawah meja.

Awanis tersenyum. Air mata diseka.
“ jom.. tolong ustazah..” dia menghampiri anak muridnya itu. Hampir menanggis.

“aiman.. kenapa kencing dalam seluar ustazah kan dah cakap kalau rasa nak buang air kecil atau besar.. pergi ke tandas kan…” suaranya. Lembut. Kanak-kanak itu hampir menanggis. Bimbang dimarahi.
Awanis umaira tersenyum.
“dah bangun.. ustazah tak marah pun.. cepat.. bangun”

Aiman perlahan bangun dan keluar dari bawah meja. Awanis umaira memeluk kanak-kanak itu.
“kita pergi tandas ye..” dia memimpin kanak-kanak itu.

Kringgg…
Kringgg…

“ustajah…! Tepon bunyi…” 2,3 orang pelajar perempuan melompat-lompat untuk mencapai telefonnya yang berada diatas meja. akibat ketinggian yang tidak seberapa telefon itu akhirnya tak terjawab.

Awanis Umaira mendapatkan telefon setelah selesai mendandan Aiman.

“hanis! “ dia seakan menjerit. Menarik perhatian anak muridnya. Dia menutup mulutnya.

“ok pelajar semua.. ustazah jawab fon kejap.. semua buka buku alif ba ta.. nanti kita baca huruf  hija’iyah sama-sama.. semua kembali ke tempat masing-masing..” arahnya lembut bernada tegas.
Semua pelajarnya akur.

Dia menuju ke luar kelasnya.

Dia menghubungi nombor Hanis.

Tak berangkat..
“hanis… hanis….” Dia menyebut-yebut nama sahabatnya itu. Hampa.

********************

Malam itu hening dan sunyi. Awanis umaira dengan kecewanya tidak dapat menghubungi sahabat baiknya itu. Dia membuka al quran untuk menenangkan hati..
Matanya tertancap pada ayat..
“ setiap yang bernyawa akan merasakan mati..” Surah Al Anbiya:35.
Hatinya tersentap.

“hanis…”

Perbualan seminggu sebelum majlis pertunangannya menerjah ruangan  minda.

“nis.. ana tak sabar nak pergi majlis tunang nti ni… “ suara Hanis.ceria.
“nti ni..ana berdebar taw.. ana harap sangat ni nti balik esok hari khamis tu.. malam tu nti stay umah ana.. mcm dulu2.. teman ana.. kita sharing2 cerita.. tak la kalut pagi jumaat tu nti nak datang..” awanis menbentangkan perancangannya,
“ baik cik Awanis…”
“eihhh.. insyaAllah.. mana taw kapal terbang nti dilanggar garuda.. hee..” seloroh awanis.
“takut tak dan langgar garuda.. jantung dah terhenti berdenyut… hehe..” sambung Hanis.
“nti ni.. jangan la buat lawak macam tu.. lawak ana takpe la mcm tak logik.. lawak nti…”
“mcm logik kan…”sambung Hanis. Awanis terdiam.
“dah… diam pulak… cik Nur Awanis Umaira bt Rahim..” suara Nur Hanis Filzah.
“berangan lagi.. “ sambung Hanis.
Awanis mengeluh perlahan.
“ana serius ni tak suka nti gurau macam tu… jumaat ni datang taw.. “suara Awanis mengubah topik.
Nur hanis filzah membalas riang.
“ roger cik awanis!” ada tawa dihujung talian.
“ehhh… tarikh 060614 nanti tengok fb tu.. ana tulis something untuk nti..” Hanis Filzah bersuara. Awanis Umaira tertanya-tanya,
“laa… napenya.. dah nti ada tepi ana tarikh tu nak tengok apanya… ana dah la jarang online.. nama fb nti pun ana lupa.. hee…” suaranya bergurau.
“amboi! Dahsyatnya.. fb ana pun lupe.. Bintu Qushairi pic kembar 2 orang mean nti dan ana..” Hanis bersuara.
Awanis cuba ingat. “oo… ok..ana ingat, gambar kita sama kan.. baby kiut tu.. hee.. ana jarang online.. nanti ana tgok.. tapi jgn upload gambar real kita.. nti kan suka surprise..!” suara awanis ceria.
“ni surprise paling hebat! Hee.. takkan ana nak tayang muka nti yang ayu tu.. nanti marah en.tutttt… nti, naya ana..” Hanis tergelak. Riang. Awanis tertawa ceria.
“ laaa…. Ke situ pulak.. ok.. waiting for you… serius nak jumpa dan peluk nti.. nak cium kuat2..” suara awanis.
Nur Hanis filzah tersengih. “peluk dan cium lah puas-puas nati..” mereka tertawa.

“hanis…!” lebih sebulan. Dia langsung lupa.. laptop asusnya di buka.

Akaun FBnya dibuka segera. Bahagian mesej terdapat 5 ,bermaksud ada 5 mesej yang diterima. Notifikasi ada 99+ Nampak sangat dia memang jarang online. Kenalan yang ingin menjadi sahabat 14 orang menanti.Faktor kerjanya menjadikan dia malas nak membuka FB.
Segera ruangan mesej disemak.
4 daripadanya dari sahabat kampus yang menanyakan khabar beritanya, satu daripadanya..
“Bintu Qushairi”
Matanya terpaku pada satu warkah yang diperlu didownload.


Buat sahabatku dunia akhirat..
Dirimu begitu beerti pada diri ini.. sgt beerti… J

Bismillah..
Waktu warkah ni dibaca mesti nti sedang gembira dengan status baru tunangan pada En,Iyad rizkullah.. muncung lah tu.. hee..
Senyum… awesome! My dear..

Maaf sangat-sangat ana mungkir janji..
Ana memang dah sampai Kelantan..
Tapi jasad ana tiada dirumah..
Ana dah ada jauh dari nti..
Dari mak , ayah , adik beradik ana..
Ana minta maaf tak sempat nak jump anti.. dah hampir 8 bulan kot.. rindu!
Serius rindu sangat..
Mcm nak peluk nti..
Mcm dulu2.. hee… J

Ana tak sempat jumpa..
Sebab kekasih ana nak jumpa ana awal lagi..
Majlis nti lambat sangat hari jumaat..
Tapi sehari ja.. hee…
Ana dah pergi jumpa kekasih ana hari khamis pagi lagi..
Lepas subuh..
Ana rindu nti..
Sangat-sangat…
Tapi tu la cik Nur Awanis Umaira..
Masa tu tak sempat..
Takpe nti boleh jumpa ana..
Ana tunggu kat tepi rumah ana..
Jumpa je mak dan ayah..
Nti kan dah biasa…
Nanti diaorang akan tunjuk..
Ana tunggu taw.. J

Tapi satu ana nak nti tahu,
Apa-apa pun yang berlaku..
Nti kena kuat dan tabah…
Nti kan manja! Ana je faham nti.. hehe..
Nanti maklum pada En.Iyad jangan marah2..
Tak sempat pesan lahh.. L
Takpe nanti ana PM fb dia..
Hee…
Awanis Umaira,
Ana kenal nti satu anugerah..
Ana syg nti umpama satu hadiah..
Dari LilLAH..

Maaf segala salah silap taw..
Nti kena tahu..
Ana sayang nti lebih dari nti sayang ana..
Kalaulah nti tahu..
Ana nak sangat cium dan peluk nti..
Mcm dulu..
Tapi ana kena pergi dulu..
Ana harap nti dapat jadi syafaat pada ana diakhirat nanti..
Jumpa di jannah nanti..
Mcm yang kita janji..
Allahumma aamin..

Selamat bertunang sahabatku,

Sahabatmu,
Nur Hanis Filzah J
050614 (khamis)



Segera jemari runcingya menaip nama FB sahabatnya itu.. melihat wall FB sahabatnya.

05 jun 14
Assalamualaikum . mohon kepada semua sahabat Nur Hanis Filzah mendoakan arwah yang telah selamat dikebumikan lepas jumaat tadi. Moga arwah dicucuri rahmatNYA. Arwah menghidap penyakit Angina pectoris dan telah kembali ke rahmatullah tepat jam 6.10 pagi tadi.
With -  Bintu Rahim

137 like. 28 comment. Share.

Awanis umaira menutup mulutnya. Air matanya laju umpama empangan pecah.
“hanis….” Dia menanggis semahunya.

“sahabatku, andai kau tahu.. aku yang lebih meyanyangimu “ dia menanggis.
 Menanggis semahunya…