pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Sunday 22 January 2012

bersyukurlah walau sesaat..


Salam sebening dingin malam

Cukup simple pembuka kata malam ini..saya bawak ….
Satu kata pujangga..

“ hidup kita hanya berada dalam 2 benda iaitu sewaktu menarik nafas dan menghembuskan nafas..”

Jadi…
Hargailah setiap hela nikmat nafas agar setiap kali ia dihembus kita masih lagi berakidahkan islam..setiap kali ia ditarik kita masih bernyawa..andai ALLAH meminta ‘harga’ bagi setiap helaan nafas adakah mampu kita membayarnya..??
sungguh nikmat hidup ini amat bernilai disisi kita sebagai manusia..
jadi peranan kita...

Bersyukurlah walau sesaat….
wallahualam..^_^

Thursday 12 January 2012

saat terlafaz nanti....



salam cinta...
Hari ini bila usia mencecah ke angka 20 an..rata-rata semua berbicara mengenai cinta..dan aku masih seperti biasa..

“siapalah aku untuk mendamba cinta insani..sedang cinta aku pada illahi masih belum sempurna..”

Emm…insan  disekelilingku..bercanda mengenai “pakwe” dan “makwe”
Kata mereka dunia tak sempurna tanpa insan ini..seorang yang caring dan responsible..akan take care pasal kita.
.waaaa.
.umpama dunia ni ana yang punye saat dipuja..

Tapi…aku tertarik pada kisah uda dan dara ni..emm..no no no..aku tukar ye..
“muslimin” dan “muslimat” ni..haa..lagi manis seiring kisah mereka..aku kagumi kisah mereka…

Bermula di sem 1dan 2 muslimat ni sangat2x biasa bagi aku,gadis yang manis yang aku kenali....happy go lucky..kadang2 polos..sangat simple dengan tudung labuhnya naïf..
sering tersenyum sehingga kami selalu tegur..”asyik senyum je…”  muslimat ni macam biasa.tersenyum malu.

Kehidupan kampus kami sangat indah bersama sahabat2x yang membantu dan terkadang bertikam lidah..dan muslimat ni sering jadi rujukan..mungkin sikapnya yang emmm…sangat caring pasal sahabat..(kami akui..)

Sem 3 mula bertamu..kami diuji lagi hingga ada salah seorang dari kami menanngis kerana diuji ukhuwah persahabatan ini..gara2x mulut dan muslimat ini menjadi orang tengah…kami mula bersatu kembali..dia banyak berbicara mengenai peringatan pada kami...


Tanpa sedar..seorang muslimin sangat meminati muslimat ini..mungkin jujurnya dia dalam bersahabat tak Nampak hipokrit dalam dirinya…
emm..cantik ke muslimat..tak secantik miss world sangat simple tapi manisnya ada...
kurus persis model tak  selansing dia orang tak sekurus kobeng..biasa2x aje..(hehe)

Kami mula menjadi saksi kisah mereka..
Salah seorang dari kami berhubung dengan teman akrab si muslimin…

Terjadilah ceritera cinta kisah mereka…
muslimin meminati muslimat ini semenjak sem 2 lagi…kami tak pernah tengok sebarang reaksi yang”mencurigakan” diantara keduanya…
Yaa…tepat muslimat ini tidak sedar dirinya “diperhati” kami sangat teruja dengan kisah ini…

Sahabat akrab muslimin ini..telah simpan rahsia ni hampir 1 tahun(2 sem) kami mula berdoa agar kisah mereka ini direstui ILLAHI…

Khabarnya  muslimin ni pada sahabatnya..

“aku suka kat dia,kerana dia memang tak sama macam yang lain..aku harap dia pun macam tu..emm..aku dah bagitahu mak aku..dia berkenan sape saje pilihan aku..dia restu je..dan aku yakin dia memang baik…”

Sahabat baiknya itu mengiakan mengenai kebaikkan si muslimat tu..sungguh redha ibunya di dahulukan…memang dia ikhlas pada muslimat ini..

“ye..aku tahu nak cakap dengan dia pun aku segan..”

Muslimin menyampaikan hasrat hatinya,,

“tolong pesan kat dia jangan letak gambar  dalam fb..aku tak suka…aku tak mampu nak bercakap dengan dia aku harap kau sampaikan pesanan aku ni kat sahabt dia..”

Ya allah..kami di larang letak gambar dalam fb olehnya..tapi kini dia dinasihati agar  tidak berbuat demikian..sungguh bagi kami mereka memang baik..

Satu peristiwa yang kami suka jika ada diskusi soal jawab dengan lecture..muslimat bersuara sebentar kemudian muslimin juga akan bersuara..kami yang tahu kisah ini sangat seronok…
Muslimin ini benar2x menjaga adabnya..
Muslimat ini membataskan pergaulannya..


Kami tersenyum melihat kedua insan ini…

“sungguh cinta mereka ini..indah.aku sangat kagumi (muslimin) ni..dia tak nak berurusan dengan (muslimat) ni..semata2x nak menjaga..tunggulah final nanti..harap muslimat ni tekun menuntut ilmu..dan menjaga peribadinya..mereka sering berjumpa dalam kelas tapi seakan jauh je..hakikatnya mereka dekat.aku harap juga dapat jumpa cinta seperti ni...”

begitulah antara ayat mesej sahabat muslimin ni…

kami tersenyum lantas hati berdoa

“ ya ALLAH andai dia milikku,baik untuk agamaku,duniaku(muslimat&muslimin)..maka satukan rasa cinta ini bila tiba masanya..jangan KAU uji keduanya disaat mereka  tak mampu hadapi ujian MU ini..moga cinta ini mendapat redha disismu…”

p/s : kisah ini bukan untuk tujuan komersial sekadar berkongsi cara cinta yang sebenar...sabarlah hati jika benar jodoh mu…dipenghujung dunia pun akan bersatu…aamin..=)

(moga keduanya MEMANG tertulis  akan ada ikatan yang sah disisiMU ya rabb..)


.....bila saatnya tiba....


  

tahun baru..siri 2


…emmm…..

Sedar tak sedar lagi…hampir 2 minggu aku didalam fatrah final exam..arghhh..rata2x student degree berkepit dengan buku..yee..semangat belajar demi mencapai dekan !! hadaf utama menuntut ilmu dibumi kampus itulah jawapan yang sering aku dengar dari kalangan sahabat2x ku…

Tapi sejauh mana kefahaman mereka dan mungkin aku sendiri mengenai falsafah ILMU itu sendiri…

Kalaulah benar2x kita memahami cahaya ilmu sangat bernilai umpama mutiara mesti kalian akan menghabiskan masa hanya untuk menuntut ilmu…!
Yee..jom selak lembaran ulama2x agama dahulu..menuntut dan mencintai ilmu..sehingga meninggal dalam keadaan  sedang menuntut ilmu..sedang mendengar kuliah ilmu, dan paling hebat RAK BUKU…menimpanya…! Hebatnya cinta mereka dalam menuntut ilmuMU
 ya allah…

aku pulak nak konklusikan ilmu ni…

“apa yang kita praktikal diluar kuliah dan kampus..that’s ILMU..!”

Inilah prinsip ilmu bagi aku..

Ya Allah…berilah aku kekuatan menuntut ilmuMU sebagai hujah aku bekalan aku menghadapi hari mendatang…
Emm..aku menerima satu mesej dari sahabatku dikampus UITM baru-baru ni…mesejnya berbunyi..

“salam ingatan…
Slmat menghadapi final exam =)
Mohon sahabat2x doakan saya supaya cepat sembuh..
4 hari doh high fever tak surut2x…huhu..
Hari rabu ni ada exam (11 jan 2012)
Maaf menganggu masa study kalian..=)”

Aku yang ralit melakar nota pada waktu tu tersentak dek mesejnya. Kata taujihat ku balas moga2x menjadi “sedikit” peransang semangat agar dia lebih BERSEMANGAT…!
Antaranya..

“ya allah ambillah sedikit semangat yang ada pada diriku dan campakkanlah kedalam tubuh shabatku…”

Ya allah sahabtku diuji saat begini..aku yakin didalam fatrah exam..baik tenaga jasmani dan rohani semuanya memerlukan antara satu sama lain..emm…begitu juga aku..
tapi…
Keesokan harinya mesej darinya berbunyi…

“ alhamduliilah exam tadi masuk apa yang saya baca je..kalau nak kira memang tak logic coz cikit sangat yang saya baca…”

Aku tersenyum dengan mesej tu..kuasa ALLAH..”kun fayyakun..”
Alhamduliilah Allah permudahkan urusannya..
Aku bermonolog sendiri 

“ bila hati kita benar2x ikhlas ingin menuntut ilmu..sesukar mana pun kita dijuji,,carilah hikmat dipenghujungnya…pasti kita akan tersenyum ..=)  “

Terima kasih ya ALLAH..

Emmm..tinggal 2 paper lagi harap2x nya..aku dipermudahkan menghadap baki paper final sem  3 ni..! kekalkan pointer yang lepas atau lebih lagi….!
 bittaufiq wannajah..mudah-mudahan…aamin….

tahun baru ni...siri 1


Salam seindah hidup beriman tagline aku yang paling aku suka…

Lama benar meninggalkan lembaran blog ni,sedar tak sedar sudah 13 hari berada di tahun baru..(2012) emm….beberapa azam baru telah aku pahatkan dalam hati…banyak cerita yang ingin kulakarkan ..pertama sekaliperistiwa yang paling bersejarah bagi semua penuntut ipt umumnya dan khasnya upsi…bagi aku la..kerana awal baru tahun ni dikejutkan dengan ke “bangkitan” mahasiswa (pro-m)..pemulanya isu adam adli,diikuti dengan semangat juang saudara safwan anang yang cedera dihentam fru dan polis gara2x berdemostransi secara aman…aku tekankan aman..tanpa sebarang senjata hanya berbekalkan banner,hailer dan semangat inginkan"keadilan" itu sahaja pada malam kejadian..(1 jan 12_...
sangat menyentap ruang minda dan fikiran dengan keadaan dunia yang sangat2x “jahat”..

Tak hairan dalam hadis ada menyebut: 

  “ ..kehidupan didunia ni sesungguhnya sangat busuk…” =wallahualam=

Sungguh.jika harta dunia yang ingin kita kejar..kewarasan akal kadang2x tertutup dek kejahilan yang terbuka…
Pemimpin Negara umpama “tersalah’’ guna kuasa…
Aku pun tak tahulah macam mana boleh jadi sebegini rupa cara pemerintahan pemimpin Malaysia..

Aku ada bertanyakan sahabat aku mengenai isu ni..katanya:

“ sedang kan dizaman nabi pun dah ada golongan sebegini apatah  lagi dizaman kita ni yang dah makin jauh dengan zaman terbaik itu…”
Aku bermonolog sendiri..”tepat..!” bisik hatiku.

Dibawah aku lampirkan beberapa gambar mengenai kes HADIAH sempena
 “tahun baru 2012” kepada mahasiswa/i…