pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Tuesday 29 April 2014

"IZINKAN.. SAYA LAMAR AWAK SEBAGAI ISTERI KE 2 SAYA"

part AKHIR


**************

“abang! Nah ami bawakkan susu plus madu.. sedap..” suara Nur Aimi humaira.
Imad Rayyan tersenyum. “terima kasih sayang” matanya masih melihat skrin laptopnya. Ketas kerja itu perlu diselesaikan. Sebahagian dari gerak kerja dakwahnya.
Nur aimi humaira terdiam. Lansung tiada respon dari suaminya .Malam ini genaplah 1 bulan usia perkahwinan mereka.
Nur aimi humaira yang bertenggek ditepi kerusi Imad Rayyan ingin berlalu. Pantas tangan dipegang.
Dia menoleh.
“sayang merajuk ye?” soal Imad Rayyan.
“tak lah..” ringkasnya. Imad berdiri menghadap isterinya yang sedikit muncung itu.
Dia menundukkan wajahnya. Meyamai paras wajah isterinya.
“marah?” soalnya.
Nur Aimi humaira menggeleng.
“ami ok je..” suaranya.
“betul?”soal suaminya.
Menggangguk.
“senyum la sikit..”suara suaminya.
Nur aimi humaira. Senyum. Terpaksa.
“sayang… tak ikhlas tu.. jom..” suaminya membawanya ke katil. Mereka bertenggek dibirai katil.saling menghadap. Nur aimi humaira menundukkan wajahnya.
“ami.. abang pernah cakap dulu kan.. abang lamar ami sebagai isteri kedua abang.. sebab isteri pertama abang adalah perjuangan.. bukan bermaksud Abg tak sayang.. ami fahamkan?,, Cuma kalau masa abg lebih kepada “isteri pertama” abg  ni.. ami kena lah faham.. kita kan sedang berjuang.. berjuang untuk kemenangan islam.. ami faham kan sayang?” imad menguis dagu isterinya yang lekuk itu.
Nur aimi humaira memeluk suaminya. Dia meyembankan mukanya pada dada bidang suaminya. Menanggis.
“ami tahu.. maafkan ami abg… ami pun manusia.. kadang-kadang nak bermanja… ami minta maaf ye..ami takkan cemburu dengan isteri pertama abg.. tapi ami tak salahkan?” dia mendongakkan mukanya. Suaminya mencium keningnya.
“tak salah.. abg kan halal untuk ami..abg minta maaf ye..” imad rayyan memeluk isterinya. Erat.
***********
“ Iman Arsyad dan Ain Nasuha ! jangan kacau walid tengah buat kerja tu.. meh sini, ibu punya muffin dah siap..” muffin coklat chip itu ditunjukkan kepada kedua kembar itu.

“yeay!” kanak-kanak 3 tagun itu berlari memeluk kaki ibunya. Imad rayyan yang tak tahan dengan aroma muffin menghampiri anaknya dan isterinya. Laptopnya ditutup,
“waaa…. Sedapnya muffin..” imad mencubit sedikit muffin yang masih suam-suam suku itu kemulutnya.
“walid.. nak.. nak…” kedua kembar itu mendongakkan wajah mereka. Meminta simpati. Nur Aimi Humaira tersenyum.
“abg ni tak baik lah.. kesian iman dengan ain..” suaranya. Suaminya tertawa lantas menbongkokkan badan dan mendukung keduanya.
“meh ibu suap..baca bismillah..” suara Nur Aimi Humaira.
“bis… mill.. lah..” keduanya membuka mulutnya,
“umm..”lalu disuapkan kepada keduannya.
“waaa….cedap!” iman tersenyum.
“cedap..cedap!” ain tertawa..
“walid??” soal Imad Rayyan. Nur aimi humaira menyuapkan muffin kedalam mulut suaminya. Mereka tertawa.
Syukur pada-MU Ya Tuhan atas kurniaan..desis hati Imad Rayyan.





"IZINKAN.. SAYA LAMAR AWAK SEBAGAI ISTERI KE 2 SAYA"

part 2

************

“dah siap?” soal Puan Muhaya.
Imad Rayyan lengkap berbaju t-shirt dengan seluar slack. Kopiah putih tersarung diatas kepalanya.
“dah.. ummi, jom” suaranya. Malam ini dia akan menuju kerumah “bakal” calon menantu umminya.
Dia tidak begitu tenang dan tidak begitu teruja. Biasa-biasa sahaja. Sudah seminggu dia mengerjakan solat sunat istikharah memohon ketenangan dari Tuhan Azza Wa Jalla. Hatinya tetap sama.
“masuk k.ya.. Imad..” mesra makcik Aishah. Masing-masing melabuhkan punggung diatas kerusi sofa empuk itu.
“pakcik mana makcik aishah?” soal Imad Rayyan. Sopan.
“pakcik Man pergi surau.. tak balik lagi la tu..sembang-sembang. Kejap ye..Mila!.. ni bawak keluar air kat tetamu ni..” seorang gadis berkurung sopan. Dengan tudung sepadan mengikut bajunya menatang dulang berisi air kopi dan kuih bingka ubi.
“bingka ni syamilah yang buat..” Makcik Aishah mengangkat saham anaknya. Telah dimaklum hajat kedatangan itu oleh Puan Muhaya. Puan muhaya tersenyum. Tangan dihulur kepada gadis itu.
“makcik sihat?” lembut tuturnya.
“sihat.. syamilah duduk la sini.. kita pendekkan cerita.. berkenalan la dengan anak makcik.. Imad..” suara puan muhaya. Imad Rayyan tersenyum nipis pada Syamilah yang curi-curi merenungnya.
Entah kenapa tidak timbul perasaan teruja untuk berkenalan dengan gadis itu.
“jom.. kak aya.. kita ke dapur.. saya nak tunjuk ubi keledek dan buah naga yang saya kutip tadi.. masak ranum…” suara Makcik aishah. Puan muhaya berlalu. Sebelum itu sempat dikuis peha anak lelakinya itu.
Faham benar Imad Rayyan maksud umminya itu.
Kini.
Tinggal dia berdua-duan bersama Syamilah. Bakal isterinya,menurut umminya. Dia sendiri sedang merencana pertemuan untuk bertemu dengan gadis yang Berjaya mengetuk pintu hatinya jumaat yang lepas. Esok merupakan hari jumaat,jujurnya dia tidak sabar untuk menuntut janji bertemu  dengan gadis itu. Ada “hutang” antara mereka.
“nti.. sihat?” soalnya. Memulakan bicara. Logik ke soalan aku ni? Desisnya.
“sihat je… abg imad?” soal gadis itu.wajahnya merona malu.
“em.. Alhamdulillah… nti kerja kat mana?”soalnya lagi.
“dekat sekolah Agama Tahfiz..” suaranya.
“oo.. ana, ana terus terang dengan nti.. nti betul-betul setuju nak berkahwin dengan ana?”soalnya.
Gadis berusia 25 tahun itu merenungnya.
“malu la milah…” dia tersenyum halus. Imad Rayyan merengus.halus.
“syamilah.. ana terus terang dengan nti.. sebelum nti, ana dah jatuh cinta..ana, kagum dengan nti.. nti baik. Cuma…” Imad Rayyan terdiam. Cuba menyusun kata. Ingin diluah mengenai kerja dakwahnya yang merupakan “kekasih” pertama dalam hatinya. Mohon agar bakal surinya kelak memahami dan tidak menghalang.
“maksudnya.. abang dah ada orang lain.. maaf! Milah pantang bermadu…milah tak boleh terima..” ada kesal dan sebak dalam nada suaranya.
Perkataan itu “zuppp” menembusi hati Imad Rayyan. Entah kenapa dirasakan inilah “jawapan” kepada kegusaran hatinya.
“maaf…” suaranya. Mati harapannya.
Selepas hampir 15 minit dibiarkan keadaan mereka begitu..kedua wanita lewat 50 an itu muncul dengan wajah yang ceria.
Pelik. Kenapa keduanya menyepi.
“imad…” suara puan muhaya.
“milah tak boleh terima abg imad.. milah,minta maaf..” syamilah berlalu. Tersentak Mak cik aishah.
“kenapa ni imad?” soal Puan Muhaya.
“maaf makcik.. ummi.. imad tak bersedia.. syamilah baik, terlampau baik untuk imad.. maaf ye makcik aishah.. ummi, imad nak balik..” suaranya. Tenang.
 Malam itu bertemankan tikar sejadah dan butiran tasbih. Imad rayyan bermadu kasih dengan Al Khaliq.
Ya Allah. Aku hamba-MU yang lemah. Hamba-MU yang hina.. aku hanya mengharapkn seorang insan yang bakal melengkapi tulang rusukku.. adalah pembela agama-MU.. pendokong agama-MU… bukan sahaja sayap kiri dalam perjuangan islam menemaniku.. malah insan terbaik untuk melahirkan generasi ummat Nabi-MU juga sebagai ibu terbaik bagi anak-anakku kelak.. Ya Allah.. aku mohon permudahkan urusan ku.. mudahkan urusan kami semua.. lembutkan hati ummiku agar memahamiku.. maafkan aku yaAllah..” ada air mata ditubir matanya.
**************
“mana budak tu?” desisnya. Baki rm 15.00 dimasukkan kedalam envelop coklat.
Dari jauh seorang gadis berjubah maroon menghampirinya dengan tudung bidang 60’ di palang kekiri dan kanan bahunya. Simple dan sopan.
“assalamualaikum.. ustaz!” sapanya .tegas.
“waalaikumusalam…” matanya kagum dengan wajah manis itu.
“mana baki duit saya?”soalnya. tanpa banyak berbasa-basi.
“nah.. saya Imad Rayyan” envelop dihulur.
Gadis manis itu mendongak melihatnya..
“terima kasih.. saya Nur Aimi Humaira.. panggil je aimi.. ok ustaz! Saya balik dulu.. assalamualaikum..” gadis itu berlalu.
“waalaikummusalam..”
Imad rayyan tersenyum. Pertemuan selama 5 minit itu dirasakan cukup bermakna. Moga ada hasilnya.
***********
“malunya…” gadis itu tertunduk malu. Sebaik jejaka berjubah putih itu menghampiri ayahnya. Untuk menyatakan “lafaz sakinah”.
“aku terima nikahnya Nur Aimi Humaira binti Irsyad dengan mas kahwin rm 4000 ringgit tunai..”
Sah!
Selesai solat sunat 2 rakaat.
“bismillahirahmani rahim.. saya Iyyad Rayyan Bin Mansur dengan ini bersedia menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri mu wahai isteriku,Nur Aimi Humaira Binti Irsyad, bersedia menggalas amanah dan segala kekhilafan mu untuk dibentuk menuju ke syurga iLLahi.. rabbi yasir wa latua’ssir wa tammim bi khair..” satu ciuman hinggap didahi isterinya. Jari manis itu disarung sebentuk cincin. Cantik. Nur Aimi Humaira mendongakkan wajahnya. Air mata menitis.
Dikucup tangan suaminya itu.
Wajah manis itu direnung penuh kasih bersama iringan pahala.
**************
2 bulan yang lalu..
Selesai qiam jam 4.30 pagi.. Nur aimi humaira teringat envelop bakinya..jemarinya meraba beg coklatnya..
“tebalnya rm15.00 je pun.. takkan…” Nur Aimi Humaira terdiam. Sekeping warkah dibuka perlahan-lahan.

Buat gadis solehah..
Assalamualaikum.. bismillah..
Maaf saya menggunakan perantara surat sebagai meluahkan rasa hati.. mungkin kolot atau tak sopan bagi awak, tapi ikhlasnya.. sejak pertemuaan pertama di hari sayyidul ayyam yang lalu.. saya langsung menitipkan mengenai awak didalam rangkaian doa.. moga awak adalah insan pilihan yang Allah hadiahkan kepada saya sebagai teman perjuangan mengharungi kehidupan..
Kerna jodoh itu rahsia hamba dan tuhannya..
Saya merayu pada Allah agar awak sudi menerima saya.. walau kita memang tak pernah bersua atau berjumpa..
Memang segalanya bermula pada hari itu..
Saya memburu awak dalam doa..
Ye 7 hari menanti.. bukan waktu yang lama.. tapi panjang bagi saya..saya berharap sebaik warkah ini selesai dibaca.. saya dapat menerima jawapan dari awak.. selepas 7 hari beserta istikharah dan istisyarah.. tiada paksaan dari saya..
Cuma
Bismillah.. izinkan saya melamar awak sebagai isteri ke 2 saya setelah perjuangan islam adalah kerjaya utama saya.
Wasalam..
Iyad rayyan
27 jun 2013
Jumaat
013-3xxxxxx


Air mata menitis perlahan. Nur aimi humaira menahan sebak dan lansung tunduk sujud syukur.


"IZINKAN,SAYA LAMAR AWAK SEBAGAI ISTERI KE 2 SAYA..."

part 1

Matahari pagi memancar terik menyimbahi wajah mulus Nur Aimi Humaira. Wajah kuning langsat miliknya itu berlitup manis dengan tudung labuh merah jambu. Sepet matanya menahan panas mentari Kakinya melangkah menuju ke sebuah kedai buku yang terkenal di sekitar Kota Bharu itu.
Kakinya menapak ke rak buku yang tersusun buku-buku agama. Koleksi yang membuat matanya berbinar-binar. Semua mahu dicapai dan dibeleknya.

“eksilokpedia Raheeq Makhtum” desisnya.
Buku sirah nabi itu dipegang agak berat kitab itu.
Duk!

Seseorang terlanggar belakangnya.
“maaf..” seorang jejaka tinggi lampai berjanggut sejemput itu menunduk,memohon maaf. Nur Aimi Humaira mengangkat mukanya dek fizikalnya yang rendah. Tertunduk malu bila orang yang melanggarnya itu seorang muslimin.
“takpe..” dia berlalu.
Menuju ke kaunter pembayaran bersama 2 buku yang diambilnya.
“allaaa… nak ambik buku tadi pun malu.. kenapa aku pergi letak balik…”rungutnya sendiri.
“ni saja?” soal juruwang itu.
“emm.. ni je..”suaranya perlahan. Bukunya discan. Rasa menyesal.
“kak.. saya tertinggal satu lagi buku..kejap ye.. 2 minit..” aksinya diperhati. Juruwang itu terkedu. Nur Aimi Humaira lansung meninggalkan kaunter,sedangkan dibelakannya 3 orang pelanggan sedang menanti.
“isshhh… budak ni bukan nak bayar dulu..esshh menyusahkan..”ngomel juruwang itu.
“saya bayarkan.. berapa? Kira sekali dengan buku ni..” suara jejaka itu.
“45.00 encik..”suara juruwang.
Not rm 50 dihulurkan. Baki diambik.
Beberapa minit kemudian..
“kak.. buku saya?” soalnya.
“dah ada orang beli.. lain kali bayar dulu,baru buat pembeliaan yang lain..awak ingat customer lain nak tunggu awak ke?” marah juruwang itu.
Nur aimi humaira tersentak. Kesal dan sebak. Kesal bukunya dibeli orang. Sebak dimarah depan pelanggan lain. Tak jaga maruah aku lansung akak ni.. desisnya..
Dia membuat pembayaran buku sirah nabawiyyah itu. Berlalu dengan kecewa.
Mukanya sedikit mencuka. Tidak semanis biasa.
“assalamualaikum..” ada suara menegurnya.
“waalaikumusalam..”dia berpaling. Terpana,  lelaki yang melanggarnya tadi. Dia ni punya pasal lah ni..detik hatinya. Geram.
“maaf dik.. ni buku awak.. saya bayarkan.. sebab customer menunggu tadi.. “plastic berwarna hijau muda itu dihulurkan kepadanya. Dia mendongak merenung wajah lelaki berkulit hitam manis itu. Tinggi.
“emm.. terima kasih… berapa us?” soalnya.
Lantak lah panggil je “ustaz” sebab dia pakai kopiah dan berbaju ala-ala kumpulan nasyid raihan.
“ eh tak mengapa lah.. saya belanja..”suara lelaki itu.
“takpe.. saya ada duit.. bukannya takde duit pun..ustaz cakap je..” suara Nur Aimi Humaira. Jejaka itu serba salah.
“rm10.00” suaranya. Nur Aimi Humaira mengambil purse purplenya untuk mengeluarkan not rm 10.00.
“emm.. 10.00 logik ke?” desis hatinya.
“ustaz biar betul..?” soalnya. Jejaka itu tersenyum. Manis.
“buku saya semuanya rm 35.00 la..” not rm 50.00 dihulurkan.
“alamak! Saya ada duit besar je ni.. emm.. macam ni la.. lain kali je awak bayar.. “suara lelaki itu dan ingin berlalu.
“Ustaz! Nah ambik je rm 50.00 ni saya tak nak hutang dengan orang.. nanti saya balik kena langgar ke apa ke.. dah saya mati dalam keadaan berhutang..macam ni.. saya suka datang sini tiap hari jumaat dengar ceramah.. kalau  ustaz datang sini.. ustaz bagi balance duit saya..” suaranya, tegas. Jejaka itu tersenyum nipis.
“insyaAllah..” not rm 50.00 itu diambilnya. Mereka berpisah disitu.


**************
“Allah.. ummi bukan Imad tak nak.. imad nak kahwin,cumanya masa belum sampai lagi.. calon pun takde lagi ni.. imad nak cari yang sesuai dengan imad.. faham tugas dakwah imad.. “ Imad Rayyan meraup rambutnya kebelakang. Itulah topic umminya sejak usianya menginjak ke 26 tahun itu. Muda lagi. Dunia dakwah merupakan kerjaya utamanya walaupun dia mempunyai kelulusan Sarjana Muda Syariah. Berkhidmat mengajar agama di masjid-masjid dan mengajar mengaji dirumah anak yatim merupakan hobinya. Membantu gerak kerja islam adalah kerjaya utamanya. Dakwah makanannya. Tarbiyyah santapannya. Tak pernah lagi selama ini dia mintak wang dari umminya. Malah rezekinya lebih murah dan ada tabungan untuk masa depannya. Dia yakin REZEKI, JODOH semua di tangan ALLAH.
Puan Muhaya merengus kasar.
“ummi tahu.. nah sekarang ummi bawa calon pada kamu.. tengok gambar tu.. anak makcik esah,baru balik Jordan 3 hari lepas.. sekarang kerja kat Sekolah Tahfiz. Cubalah tengok , mana tahu berkenan.. kamu cari tak jumpa.. ummi cari pulak kamu cerewet.. imad.. imad..” ngomel umminya.
Imad mengambil malas sekeping gambar yang diletakkan umminya diatas meja itu.
Wajah seorang gadis berlitup dengan jubah berwarna coklat itu direnung sekadarnya. Cantik. Cuma..
“ nanti kamu free kita pergi rumah makcik esah.. ummi aturkan.. kamu ikut je..” suara umminya. Imad Rayyan mengeluh halus. Jujurnya wajah manis gadis yang ditemui tadi lebih membayangi ruang mindanya, segera istighfar meniti dibibirnya.


*************
“ma.. tadi kan.. ami saje jalan-jalan dan survey area kota bharu tu kerja kosong.. takde yang berkenan.. emm,ami rase lah nak kerja kat PASTI je.. ada sorang kakak ni tawarkan,fulltime..”suara Nur Aimi humaira.
“berapa gajinya…?” soal Puan Rohana.
“emm..rm1+++ lebih bolehlah kan..” suaranya.
“rm1+++ je.. kakak kamu kerja gaji rm 3+++ ijazah jugak.. kamu pun ijazah.. kerja lain la..” suara ibunya memberi pandangan.
“masalahnya ma… PASTI tu walaupun gaji tak seberapa,biah dan suasana dia tu yang ami suka… main dengan budak-budak..tarbiyyah anak-anak kecil.. ami ok je..”
Nur aimi humaira menggupas bawang besar . Puan Rohana yang memotong kubis itu merenung anak keduannya itu.
“ami.. ma tahu citarasa kamu tu.. Cuma kamu tu kena fikir nanti nak kahwinnya.. setakat gaji rm1+++ tu.. berapa je la yang kamu dapat menabung..”suara ibunya. Nur Aimi humaira menrengus.halus.
“nanti la.. ami cari kerja lain lagi.. tapi PASTI tetap dalam senarai ami..” suaranya.
Puan rohana menggelengkan kepalanya.

***********

Nur aimi humaira memarkir kereta kancil miliknya ibunya diruangan yang disediakan itu.
Jubahnya berwarna ungu itu ditilik melalui cermin kereta dengan tudung bidang 60’ bunga tabur halus . menarik dan sopan.
Simple. Itulah dirinya, beg berwarna hitam dihiasi dengan sebuah teddy bear kecik tergantung pada zip. Comel. Itu jugak sifatnya, kebudak-budakkan.
“kamu tu dah 23 tahun ami.. cuba matured sikit..” tegur kakak sulungya sambil memangku anak sulungnya yang berusia setahun.
“alaa relaxlah.. akak.. ami kan memang comel.. hehe..” dia tersengih. Mengenang kenangan bersama kakaknya yang kini bekerja di bumi borneo bersama suaminya.
“now I am 24 years old.. hehe.. sopan plus kebudak-budakkan .. be yourself..” dia menapak menuju ke Pejabat Agama Islam Kelantan. Ralit membetulkan tudungnya sebelum sesi temuduga dijalankan .
Puk! Terlanggar lagi. Fail birunya jatuh.
“maaf makcik..saya tak sengaja..”suara Nur Aimi Humaira. Lansung dia menunduk dan membantu wanita itu.
Wanita lingkungan lewat 40 an itu memandang wajahnya. Berkerut mukanya. Menahan sakit.
“sakit kaki makcik ni..”suaranya.
“meh..saya tolong makcik.. kita pergi klinik ye.. saya bawak dan bayarkan.. saya tak sengaja..” risaunya. Wanita itu dipapah menuju ke kereta kancil “miliknya”.
Selepas selesai rawatan ringan diklinik berdekatan sekitar kota bharu itu, dia menawarkan diri menghantar wanita itu.
“makcik.. saya hantarkan..” suaranya.
“takpe lah..aimi.. anak makcik habis kerja pukul 5 nanti.. dia datang ambik lah.. dia mengajar sekarang..”suara makcik itu.
“oo.. kalau macam tu saya je lah yang hantar makcik.. serba salah pulak.. hee..emm, makcik tinggal kat mana?” soal Nur Aimi humaira,
“makcik memang asal kota bharu.. dekat pangkalan chepa” suara makcik itu. Nur Aimi Humaira menganggukkan kepalanya.
“jom la.. saya hantar makcik..” akhirnya wanita tua itu akur.
“ belok kanan…”suaranya. Nur Aimi Humaira membelok kearah yang dipandu oleh wanita itu.
“hah..! tu rumah makcik..” suaranya.
“oo.. yeke? Alhamdulillah.. dah sampai.. “ Nur Aimi Humaira memapah wanita itu menuju ke rumahnya.
“jom masuk dulu ami.. minum air..”pelawa wanita itu.
“takpe la makcik.. ami balik terus la.. segan la pulak..”suaranya berbasa-basi. Memang tekaknya tengah haus sekarang.
“segan apanya.. makcik tinggal dengan anak bujang makciknya.. yang lain dah bekeluarga dan belajar.. pakcik dah meninggal 9 tahun lepas..” suara makcik itu. Nur aimi humaira melangkah ke rumah batu sederhana besar itu. Kemas.
“makcik ke dapur kejap..ami duduk la..”
“takpe.. makcik, jom kita buat sama-sama…” nur aimi humaira mengekori makcik itu ke dapur.
“anak makcik mana? Dia belajar lagi ke?” soal Nur Aimi humaira.
“yang tinggal dengan makcik dah kerja.. dah 26 tahun pun.. yang belajar kat negeri  sembilan sorang. Yang bongsu perempuan kat kuala lumpur... dia anak sulung lelaki. Kakak-kakak dia semua kerja kat KL dan Kelantan ni sorang tapi semua dah bekeluarga.. makcik tinggal dengan yang sorang tu je la, dia mengajar..” cerita makcik. Bersungguh-sungguh. Nur Aimi humaira mengangguk.
“ami tinggal kat mana?”
“ami tinggal kat wakaf bharu.. emm, ami baru je habis belajar.. tengah cari kerja makcik sekarang.. Cuma part time kat Pasti Al Irsyad.. tu je lah yang ami buat sekarang..” suaranya, ceria.
“oo.. dah kahwin?” soal makcik.
“belum..”malu-malu dia menjawab.
“makcik pergi pejabat agama tadi kenapa?” soalnya.
“oo.. makcik pergi ambik duit bantuan zakat.. makcik dapat sejak dulu lagi..” suaranya.
Air teh telah siap dihidang bersama bahulu kampung.
“oo..macam tu..” matanya melirik melihat jam ditangan.
“makan la ami.. minum… kejap lagi anak makcik balik la tu…” suara makcik.
Kringg… telefon rumah diangkat. Selepas 5 minit…
“sape makcik?” soal Nur Aimi Humaira
“anak makcik.. Imad, dia nak balik dah.. tanya makcik nak pesan apa-apa ke.. “ makcik merenung Nur Aimi Humaira yang manis tersenyum.
“oo.. kalau macam tu makcik.. ami beransur dulu la.. dah nak dekat asar ni..”
Dia menyalami wanita lewat 50 an itu.
“ami lain kali datang lagi rumah makcik.. makcik bosan duduk rumah sorang-sorang.. ada teman menyembang seronok sikit.. kejap ye.. ambik nombor rumah makcik.. “ makcik itu berlalu. Nur Aimi humaira serba salah.
“nah.. simpan ye.. bila free telefon la makcik ye..” bersungguh wanita tua itu. Nur aimi humaira tersenyum. Tak semena-semena pipi halusnya dicium.
“makcik. Suka la kat kamu..” suara makcik itu.
Merona malu Nur Aimi humaira.

“assalamualaikum makcik..”

“waalaikummusalam.. hati-hati ye nak..” makcik itu tersenyum. Menghantar gadis manis itu dengan lirikan matanya.


Wednesday 23 April 2014

KEMUNCUP DALAM PERJUANGAN ^_^


  
~HAYATILAH WAHAI PENGAKU PEJUANG ISLAM~

Ada tiga orang pemuda yang dikehendaki berjalan di sebuah padang rumput yang luas. Mereka diminta berjalan hingga melepasi penghujung padang rumput tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan. Dengan persediaan yang rapi, mereka memulakan perjalanan dengan harapan dan semangat agar mereka berjaya sampai hingga ke hujung padang.

Dalam perjalanan, mereka mendapat pengalaman yang baru. Melihat bunga-bunga yang tak pernah mereka jumpa, melihat rama-rama terbang riang menceriakan perjalanan serta menghayati kicauan burung yang menenangkan. Mereka sangat gembira sambil berpegangan tangan, berjalan seiring menuju matlamat.

Namun di tengah-tengah perjalanan, seorang di antara mereka berhenti. Di tengah perjalanan itu, dia merenung kaki seluarnya yang dipenuhi dengan kemuncup. Sebenarnya, dia terasa sedikit sakit sebab itulah dia berhenti. Lalu dia bertindak mencabut satu persatu kemuncup tersebut hingga kaki seluarnya kembali licin. Dua orang sahabat hanya tersenyum menunggu.

Kemudian, mereka kembali meneruskan perjalanan. Kali ini setelah beberapa ketika, seorang yang lain pula berhenti. Memandang seluarnya yang ditusuki kemuncup, dia menunduk berniat untuk mencabutnya. Tetapi kali ini pemuda yang ketiga merenung tajam. Dia bingkas menegah tindakan rakannya kerana menganggap tindakan tersebut melambatkan perjalanan.

Pemuda ketiga itu berhujah, mereka punya matlamat yang lebih besar berbanding mencabut kemuncup di kaki seluar. Baginya, mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan memandangkan mereka kesuntukan masa. Tegasnya, itu yang lebih utama.

Tetapi rakannya tidak mahu mengalah. Rasa tidak selesanya dipertahankan. Baginya, dia perlu membersihkan seluarnya. Muktamad.

Perbalahan tidak berakhir. Kemuncup dijadikan masalah utama berbanding matlamat di hujung jalan. Padahal, kalau mereka daripada kalangan orang-orang yang berfikir, kemuncup hanyalah masalah cabang yang ‘boleh’ diketepikan.

Begitulah juga dalam perjuangan yang panjang ini. Kita sibuk memikirkan masalah-masalah kecil yang tidak utama berbanding dengan matlamat besar yang lebih perlu untuk kita fokuskan. Perbincangan dan perbalahan dalam perkara ini sama sekali tidak menguntungkan. Kita kesuntukan masa untuk berbalah, ego dan mempertahankan pendirian peribadi.

Apa salahnya kita bersama fikir maslahah yang lebih besar dan ketepikan ego kita. Ya, ego kita mungkin terguris. Perasaan dan jiwa terganggu. Ya, bukan mudah mengenepikan perasaan dan ego sendiri.

Tapi bukankah ada kemenangan yang lebih besar, kegembiraan yang tersebar buat semua orang. Berbanding kegembiraan yang dicapai dengan ego, yang hanya dikejar untuk kemenangan diri sendiri?

Tolonglah ahli gerakan Islam yang berjanji memperjuangkan Islam, ketepikanlah kemuncup dalam perjuangan!

KERNA AKU JUGA SEDANG MEMASANG JANJI!!














Bintu Ibrahim
240414

NILAI UKHUWWAH~


~maratib ukhuwwah~


Salam sayang kerna Illahi~
Illa liqo~
Kepada semua pengunjung entri hari ini..
hee..hari ni nak share perihal "jaga hati"

alaa... lagi??
sebab nya ramai diantara kita TERLEPAS pandang soal hati ni..^_^

jom kita hayati..
senario hari ini..
penulis diberi Allah untuk merasai dan memberi perkongsian mengenai "tajuk" kali ini..
ye saat diuji..
sakitnya hati..
sakitnya sanubari..

"fasabrun Jamil" ^_^(itulah tagline hati penulis kena kuatkan diri! yuk..)

Islam tak ajar perkara begini wahai ukhti2 wa akhi2 sekalian..
isu HATI isu dengan MANUSIA..
INGAT! dengan Allah kita bisa taubat..
dengan manusia APA UBATNYA?? ye.. KEMAAFAN..
bayangkan jika dia sangat kecewa dan sedih dengan kita disebabkan PERBUATAN kita..
bimbang di mahsyar kelak kita akan di"UNGKIT" olehnya kerna perbuatan kita..
ingat ye...
jangan dilakukan perbuatan begitu pada insan lain..
kelak,
Allah balas pada kita lebih pedih rasanya!
nauzubbillahi min zalik...~

penulis pernah diuji begini..
percayalah! sakitnya seketika jika mengingati, Allah takkan menzalimi..

insyaAllah mungkin saat ini penulis disakiti sebab penulis LEBIH KUAT berbanding yang menyakiti..

~saat berbual tak diajak bersama..
~saat berWhatapps tak dikongsi bersama..
~saat bercerita tak dirai bersama..
~saat berkongsi senang berdua..
sakit sekali..

bukankah kita pernah berjanji!
ukhwah kerna Illahi..

ayuh~ remind diri tu.. kesian sahabatmu..
penulis senang mengambil tips..

~sibukkan diri dengan urusan peribadi cnth: call mami n abah ^_^
~baca Al Quran ya! penenang hati. lansung sembang dengan ILLAHI..^_^
~mesej sahabat2 yang menyayangi diri ini..^_^

pesan seorang teman yang memahami..insyaAllah persahabatan kami ikhlas kerna Illahi kerna.. sering rindu bertamu + hati senang selalu saat bermesej atau bertemu..apa katanya?

" sabar ye.. Allah uji kerna Allah yakin nti mampu.. nti kan selalu dikelilingi shbt2 yang memahami dan menyayangi nti..sekarang Allah nak uji sikit.. bila berdepan dgn sahabat begini.. padanya,ada nilai kesabaran yang Allah hadiahkan pada nti.. dia gurumu mengenai "ilmu kesabaran" sakit hati tu mesti.. sebb kita manusia..tapi insyaAllah.. ingat Allah banyak2.. Al fatihah untuk lembutkan hati dia..ok.."

penulis tersenyum~

Ok! Jom penulis kongsi RUKUN UKHUWWAH yang penulis petik dari kawan blog penulis.. syukran ukhti Ainul^_^

1)  salamatus sodri (berlapang dada) 
Ni tahap ukhuwah yang paling rendah..
maknanya kalau ada ni walaupun sikit, alhamdulillah kita dah berjaya laksanakan satu dari rukun ukhuwah..
Maksudnya kat sini kita perlu berlapang dada dengan setiap perlakuan sahabat kita terutamanya kalau tindakan tu menyakitkan hati kita..

2) musawwah (menyama ratakan diri dgn sahabat)
Musawwah ni rukun ukhuwah yg pertengahan..
Dalam situasi ni kita kena letakkan kedudukan kita sama dengan sahabat..
susah senang suka duka sama dirasa..
ada rezeki lebih kogsi sama2..
belajar sama2..
pandai sama2..
semua sama2.. tak lebihkan atau kurangkan dengan mana2 sahabat..
dalam erti kata lain perkongsian dalam berukhuwah
barulah ukhuwah namanya..

3) PALING AWESOME!(tinggi darjatnya)
 ithar (mengutamakan kepentingan sahabat lebih dari diri sendiri) 
Contohnya kalau kita sayangkan sesuatu, tapi kawan kita lebih memerlukan benda tu, tak salah kita bagi pd dia..
InsyaAllah Allah akan gantikan dgn yang lebih baik..melebihkan dalam apa jua tindakan dan perasaan! Ayat mudah: Pentingkan sahabat lebih dari DIRI SENDIRI ^_^


Aku dah kata, dalam persahabatan, jangan lebihkan seorang saja, nanti yang seorang lagi pasti terasa.Takkan dia nak cakap dia terasa kot? Pandai-pandailah seimbangkan, jangan pilih kawan, jangan hidup berpuak-puak.Ukhuwah biar sama-sama. 

credit: KAK HASLINDA ALIAS ^_^