pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Thursday 26 July 2012

aku masih terpilih...!


tetamu istimewa setahun sebulan ajee...



Salam ramadhan kareem buat daie yang membaca post di entry ku kali ni....
Alhamdulillah seinfiniti tahmid kehadrat ILLAHI..

Hingga detik dan saat ini hembusan nafasku masih berbaur islam dan iman..

Masih lagi aku diberi ruang dan peluang menjadi tetamu ramadhan al Mubarak…

Hari ini genap 6 hari kita menahan lapar dan dahaga..semuanya demi mengejar redha ILLAHI..
=)

Masih segar di ruang minda kata ma,waktu aku cukup malas bangun sahur (waktu kanak2x ribena)

“pose ni..nak kutip pahala sebanyak mungkin..tak sama dengan hari biasa..sahur ada pahala banyak..kita bangun tengok ore make pun..kita pun dapat pahala..”

Tergelak sendiri,macam tu sekali analogi ma bagi padaku untuk menyatakan 
kelebihan sahur..hari ini hari ke 6 juga aku berpuasa tanpa family tercinta disisi..tuntutan taklifat dibumi nilai,membawa aku ke sini…

Emmm..tak sabar nak bersahur dan berbuka bersama..ma,abah,adik eqah dan adik irah..k.nor pula perlu teruskan perjuangan di shah alam dengan assignment lab nya…sabar yerrr k.nor,kakak sulungku..=)

Emm..banyak benda yang dapat aku pelajari sempena ramadhan ni..
antaranya peristiwa semalam berlaku didepan mataku sewaktu aku dalam perjalanan menunaikan terawih..sebuah kereta saga dihadapan kami sangat perlahan gerakannya..
sahabatku berkata

“ishh..kenapa yerr,,pakcik ni lambat sangat kita nak kejar terawih…aduii..”

kami semua mengiakan..
Sebaik melintasi masjid besar nilai…
Subhanallah…!

Ada tangan yang keluar dari ruang tingkap menghulurkan makanan(moreh) kepada semua “pejalan kaki”yang menuju ke masjid..

Sahabat dihadapan bersuara
“ya allah..allahuakbar..! baiknya pakcik ni..”

memang kami terpana dengan perlakuannya..,seterusnya kami seiring dengan keretanya..dia sekeluarga telah lengkap berpakaian untuk kemasjid juga..
hebat sungguh sikap manusia di bulan penuh barakah ini…
berlumba-lumba mendapatkan ganjaran pahala..memang  beginilah yang kita inginkan…!

aku juga teringat hadis nabi saw..
"berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.."
riwayat an-nisa'i

emm..aku amat mengharapkan moga aku tidak tergolong dalam golongan sebagaimana hadis baginda...

jom ukhti dan ikhwan sekalian..

sambil mengejar hadiah pahala..refresh niat seeloknya agar ibadat kita tidak dihiasi penyakit hati riak,ujub.takabbur dan etc..
jom teruskan beramal...
bukan sekadar di bulan ramadhan malah istiqamah hingga ke penghujungnya...
peringatan buat diri dan sahabat sekalian...=)

bersama membangunkan akal dan jiwa..=)

Sunday 15 July 2012


Salam seindah nikmat beriman….

Setelah lama kalam ini menyepi..kini aku kembali untuk bersama teman2x..

Emmm..entah bicara apa yang aku ingin utarakan..aku pun tak pasti..tapi lebih kepada seinfiniti kesyukuran pada ILLAHI..
Dalam fatrah “cuti sem” aku cuba berkhidmat semampu boleh kepada parents..bersama sibling..menjaga maktok hehe..yang berada di pasir mas.qelate..=)

Satu momen yang jelas menari di ruang mindaku..kejadiaan seminggu yang lalu..aku berdiri pada tapak kaki sendiri bergantung erat pada kekuatan kiriman ILLAHI..
Di saat menghitung hari aku bakal berangkat ke jitra kedah selama seminggu atas urusan kampus..aku diuji..ibuku di masukkan ke kecemasan akibat penyakit darah rendahnya..abahku yang masih berada di putrajaya atas urusan kerja..kakak ku yang sedang bergelut dengan “final”di uitm shah alam..dan aku..!!

Ya allah..sungguh saat itu aku buntu..kaku…ibuku pitam di rumah maktok ku..
Entah pada siapa harus aku luahkan..semua jauh..
Aku sedar saat ini pergantungan aku hanya pada ALLAH..

Aku menanti dengan debar saat ibu di klinik..ibuku masih pengsan tidak sedarkan diri..
Mataku melirik pada handphone..

“abah atau k.nor…ya allah..apa nak buat ni..”desisku sendiri.mindaku mencerna kakak ku jangan di beri tekanan. Abahku jauh..jangan di runsingkan…arrggghhhh…jiwa kau meronta sendiri..

Nekad..! aku akan bergerak seiring panduan ILLAHI..

“ya allah kuatkan aku..”

Aku menanti…doktor menghampiri..
“adik..ibu kamu akan ditransfer ke HBKB..HOSPITAL BESAR KOTA BHARU..”aku menelan liur.kelat.

Ninonino…..siren berbunyi.
 Tubuh ibuku ditidurkan diatas stretcher dan di sorong ke dalam perut ambulans..
Aku memegang jemari ibuku erat..

“ma…buka mata ma…kuatkan semangat…ingat allah..ma…”aku menyeru kekuatan ku ke dalam ruh ibuku,berharap ibuku membuka matanya..akhirnya tiba di HBKB.

Aku seakan kehilangan tenaga sebaik ibuku dimasukkan ke “zon tenat” HBKB.
.
“adik..sila tunggu di luar..”aku mula kecut perut. Jemariku mula bermain dengan nom abah dan kakakku,amalina.

Air mata mula bermain di tubir mata,sekan berebut ingin menerjah keluar.dadaku ketat.

“ma…..!”aku mula.menanggis..!

Satu suara menyapa..

“dik..sape sakit..??”soal kakak lingkungan lewat 30 an padaku.aku tersenyum.hambar.
“emm..ma..”ringkasku.
“emm..sabar la..mak akak pun duk kat kecemasan jugak..sesak nafas..jantung..hati dia terbakar dik..tapi..kuasa allah..mak akak sihat lagi Cuma kena cuci luka..diabetes dia makin teruk..insyaallah..takde pape..ma sakit apa???”soal kakak itu.
“darah rendah,ma pitam..”suara ku.perlahan.
“oo…sabar dik..kita ada allah…!!”

Zuppp…!tembus ke hati aku..ya allah…aku lupa pada MU..saat itu aku mengutuk diriku.
Aku orang tarbiyyah tapi lemah pengharapan pada sang PENCIPTA..hebat semangat kakak ini..
Kini airmata menitis bersama 1001 sesalan…astaghfirullahal azim…
Aku memohon..

“ya allah aku mohon padamu..ambillah kekuatan ku dan resapkan dalam diri ibuku..tolong ya allah..aku minta maaf ya allah..aku lagha dari mengingati mu…yang sentiasa ada bersama ku..”

Air mata terus laju mengalir…

Konklusi kisah ku..

Hakikat insan begitulah.. mudah lupa dengan PEMBERI MASALAH yang sentiasa akan “open” mendengar permasalahan kita..

Bukankah DIA yang menciptakan duka..??

Thursday 19 April 2012


Salam seindah nikmat beriman dalam deen islam..

Mudah-mudahan tazkirah ringkas ini mampu mengetuk hati kita…

Sungguh hina diri ini lantaran lupa pada nikmat ALLAH dari sekecik-kecik kerlipan mata hatta sedutan nafas turun naik…subhanallah..!

Semak al furqan surah al rahman
(21): mafhumnya..

“ maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ingin dustakan..”

Jadi…
Ayuh..teman…!!

Sama-sama kita rafa’kan seinfinti tahmid pada  
pada ILLAHI..

peringatan pada diri ini dan disampaikan pada seudaraku sekalian..=)

terakhir bicara di post ini..
kata seorang ulama sufi..

"aku tidak tahu dosa dan maksiat apakah yang lebih besar dalam kehidupan ini melainkan gagal dalam mengingati ALLAH dalam sehari.."



Friday 30 March 2012

diri ini hamba mu..YA ILLAHI..


Salam seindah sang purnama..

Seindah nikamat iman dan islam yang masih terpatri dijiwa kita…

Ayuh refresh hati menjadi hamba terbaik…!

Jom kita kembara ke dunia ISLAMI..…
Figure “daie” yang hebat muncul bersamA DEEN ISLAM menyuburkan jiwa2x yang tandus dengan jernihan iman Berjaya menyuburkan kembali ruh2x islam dalam jiwa kita

Siapakah beliau…..???

1432 tahun yang lalu..MUHAMAD BIN ABDULLAH..
Datang bersama semangat yang hebat..
Dan seterusnya disambung generasi sahabiyah yang mantap imannya..

Kemudian tabii tabiin yang mesra jiwanya dengan mutiara ilmu..sebagaimana kerajaan abbasiyah..

Sungguh hebat islam walau di campak kemana-mana..mampu mekar dengan suburnya..

Justeru..!
Apa peranan kita..

Yesss..! kitalah peyambung mata rantai perjuangan rasulullah…
Penyambung menjadi jurucakap mengenai indahnya ISLAM..
Tapi..
Terkadang hati ini sayu..sedih…
Apabila ada diantara kita yang menjadi “fitnah “ kepada islam itu sendiri..?? menjadi “arang” kepada kanvas putih sucinya islam..
Sifat “isme” dalam pemikiran merubah kita menjadi rakus dengan islam…

Ayuh..!!
SHIFT YOUR PARADIGM…!!

Emmm..kita singkap satu kisah hidayah..

Seorang muallaf barat..
“ aku bersyukur mengenali islam melalui al quran dan ilmu..bukan melalui manusia islam(masyarakat)kerana pada mereka aku tidak Nampak keindahan islam itu..”

Ya allah..siapakah itu??
Kalau bukan kita…

Terkadang aku terfikir sendirian adakah kita rela ISLAM hanya pada I/C( kad pengenalan) tapi tidak pada ruh dan jasad kita…

Aku juga turut sama ingin membangunkan akal dan jiwa… diriku..keluarga..kawan seterusnya masyaratkat islam..!
Jom travel bersama..kita menjadi pemandu arah kepada manusia yang leka untuk mengapai redha illahi..

Mafhum al baqarah menukilkan..
“celupan allah( islam )..dan celupan manakah yang lebih baik melainkan celupan kiriman illahi iaitu..ISLAM..”
Ku mohon pada hati milik AL KHALIQ..


“..YA ALLAH..JANGAN DI BIAR HATI INI LEKA DENGAN NIKMAT DUNIA MU..SEDANG NIKMAT AKHIRAT MU YANG BANYAK JAUH AKU TINGGALKAN.. JIKA AKU PERNAH TERLINTAS LETIH MEMBAWA AGAMA MU..MAAFKAN AKU..YA RAHMAN..YA RAHIIM..”


Subhanallah..astaghfirullah..

Sesungguhnya al fatiir 15-16 ada ALLAH nukilkan
“..sesungguhnya kamu yang memerlukan aku(allah)..malah jika kamu letih membawa agama aku..aku boleh gantikan kamu dengan kaum yang lebih baik ..” wallahualam..

Konklusi

Ayuh bersama membangunkan akal dan jiwa kita..dan jangan lupa insan2x disekeliling kita…^_^





Wednesday 29 February 2012

sahabat sampai syurga...




Salam seindah langit illahi..

Emm…tema bicara aku kali ini masih lagi berkisar mengenai Sahabat..

Mindaku mencerna memori kisah persahabatan kami..hanya dengan teguran sapa semuanya bermula…

Aku mulakan dengan sahabat yang aku hormati dari segi perwatakannya yang banyak membina ku menjadi lebih kuat…seorang yang “happy go lucky” manis taktala tersenyum persis rani mukherjee…(hehe) dari utara singgah di bumi USIM demi mengejar cita-cita seperti ku…aku rindu teman ku ini… Norfatihah Ahmad
Seorang yang sering menuturkan kata taujihat disaat aku memerlukannya.. cukup hanya sekadar mesej peringatan darinya..aku pasti tersenyum ceria..=)

Seterusnya,sahabat yang aku kira..orang pertama yang menegurku setibanya di bumi nilai..saat ma dan abah mula melangkah kaki pulang di negeri serambi mekah setelah menghantarku,dalam keadaan jiwa yang mula dihimpit kesayuan dan kesedihan…Nor maidah orang terawal yang meghulurkan “tali persahabatan” dengan ku..sungguh perwatakannya meyenangkan aku..banyak ceritanya apabila mula berbicara..tapi sangat pemalu dengan berlainan “gender” persis ku..kami berkongsi persamaan yang hampir serupa..

Nah…sahabat yang aku kira “kerek je..sombongnya dia ni..” hehehe… diawal perkenalan terhenti persepsi itu apabila kami mula berkerjasama.. lawak je orangnya..ok je…aku tersenyum memikirkannya..sahabatku dari selatan ini.. syafikah
Orangnya suka berimaginasi persis ku..sifat kepimpinanya terserlah..aku mengaguminya yang berani bersuara..terbaik lah..!!

Haa…yang sorang ni..manja + ngada2x + jujur tahap 90% +baik hati = Noraizan aku tergelak sendirian memikirnya..sahabat yang berasal dari Pahang..orangnya sederhana tinggi..wajahnya ayu sokmo…hehe..kami suka menyakatnya kerana kaletahnya menghiburkan kami…

Emm..seterusnya, model dalam kumpulan kami..si gadis melayu..= Nur diyyah aku seronok mengenali sahabat ku yang satu ini..lembut bicaranya..banyak membantu taktala memerlu..perilakunya persis seorang kakak yang “caring” adiknya…aku suka bersamanya..anak bongsu perempuan yang sangat lembut hati.. that’s it about my caring frend in USIM hehe..

Beralih pada sahabat yang sorang ni geram aku pada pipinya..”temban “ tahap xL..hehe..jangan marah Siti sarah.. orangnya sangat manja..emm..tak2x..mudah terasa vs sensitive itulah karakternya..aku tersenyum memikir lawaknya yang kadang2x menimbulkan kelucuan di hati kami…berasal dari negeri yang sama dengan ku…

Tak lupa “si ulat buku” emm..Nor nabihah sahabat semenjak di bumi maahad lagi..aku kagumi kesungguhannya yang rajin + berusaha..kalau tidak masakan dia mendapat “dekan” sahabat yang berwajah lembut dengan senyuman yang manis..terkadang ayat motivasi yang lahir dari mulutnya memberiku ransangan untuk turut bersemangat mengejar ILMU..!! tq

That’s all about my frends…
Always teach me to be strong..!
To be more confident..
And the most important make my life more meaningful..

Terasa diri ini bertuah dikurniakan sahabat seperti kalian,TERIMA KASIH TUHAN…
Membantu saat buntu..
Mesra saat ceria…
Kerna kita….

SAHABAT SAMPAI SYURGA… ^_^








Wednesday 22 February 2012

frends forever liLLahii taala...


Indahnya ukhuwwah ini…


Salam seindah hidup beriman …^_^

Baru lepas mendengar ceramah us.azhar idrus kuliah maghrib..sangat menarik..tajuknya “more to friendship”..

Konklusiku..
Indahnya ukhuwwah sukar diterjemah jika ia berbuah keikhlasan..
Indahnya ukhuwwah sukar disebut jika ia bertunaskan kemesraan..
Indahnya ukhuwwah sukar diganti jika ia berpaksikan keredhaan tuhan…

Sungguh indah bait2x ukhuwwah jika kita hanya sekadar menyebut tapi tak semudah itu untuk melaksanakannya…

Allah berfirman dalam al furqan surah al ankaabut ayat 2..

“..apakah manusia itu menyangka mereka akan dibiarkan berkata (aku telah beriman) sedang mereka tidak diuji…”

Begitu juga ukhuwwah…

Lihat para sahabat mereka berkata sanggup mati kerana rasulullah..yess…!! mereka membuktikannya..

Lihat saja saiyidina abu bakar al siddiq mejadikan dirinya  sebagai benteng rasulullah dari dipatuk binatang berbisa didalam gua thur..sewaktu peristiwa hijrah

Diikuti saiyidina umar al khattab menjadikan benteng dirinya melindungi rasulullah sewaktu peperangan uhud..

Sebagaimana saiyidina uthman al affan yang membelanjakan hampir keseluruhan hartanya sebagai bukti kecintaan kepada rasulullah dan islam…

Diikuti seorang sahabat yang mencintai allah dan rasulnya..begitu juga  allah dan rasulnya menyayanginya juga..iaitu saiyidina ali karamullahu wajhah..yang sanggup menjadikan dirinya sebagai galang ganti mengantikan nabi saw ditempat tidurnya dalam peristiwa sewaktu hijrah...

Hebat bukan…!?

Bagaimana pula dengan Qatadah seorang sahabat nabi saw yang sanggup menjadi perisai nabi sewaktu perang uhud hingga matanya tertusuk tombak dan tersembur matanya..subhanallah…

hebatnya mereka dalam berukhuwwah..
Kita mendambakan sahabat yang demikian..?? bagaimana pula kita??adakah kta berusaha menjadi sebaik mungkin untuk berukhuwwah dengan seseorang…

Kata seorang pujangga arab
“seorang yang banyak memberi akan banyak menerima”

Maksudnya seseorang yang banyak memberi kasih sayang kepada seseorang yang lain akan turut menerima kasih sayang dari seseorang yang lain…itulah falsafah ingin berkasih sayang..

Sehingga dunia hari ini mengangkat martabat seorang kawan melebihi dirinya sendiri,begitu hebat peranan seorang sahabat disisi kita…

Suka sekali saya nak menyebut..Dalam hadis riwayat tarmizi berkata :
“..seseorang mengikut agama sahabatnya..maka hendaklah kamu tengok dengan betul siapa yang hendak dibuat kawan..”
Yes..!
tepat.....
bagaimana diri kita adalah gambaran dengan siapa kita berkawan.
Oleh itu carilah sahabat yang mampu menjadi penasihatmu disaat kamu berbuat silap…

Carilah sahabat yang mampu menjadi pembelamu disaat kamu dihina kerana kebenaran…
Carilah sahabat yang mampu menjadi teman sebahu disaat kamu kecewa kerana kegagalan…
Carilah sahabat yang turut sama bersyukur kegembiraan  disaat kamu berjaya…

Ya rahman..ya rahim..
Kurniakan aku sahabat yang mampu memimpin tanganku menuju ke syurgaMU…aamin…^_^


Sunday 19 February 2012

hari yang pasti...tapi...bila???


KIAMAT SEMAKIN HAMPIR??? PERSEDIAAN ATAU PERSENDAAN…

Salam seindah hidup beriman….
Sebaik saje menonton rancangan madrasah akidah disaluran 114 al hijrah pagi ni…

Saya teringin untuk membawa sahabat2x sekalian meneroka dunia akan datang tapi masih belum berlaku sekarang…

Bayangkan suatu malam kita berehat didepan pantai yang tenang bersama ahli keluarga kita yang tercinta sambil membakar BBQ....tiba-tiba,suasana alam berubah menjadi gelap kita kelam kabut tidak tahu kemana ingin tuju.ibu dan ayah kita lari bertempiaran adik kita menanggis keseorangan kakak dan abang tersungkur jatuh laut bergelora…angin kencang suasana kelam membuatkan kita berlari penuh ketakutan…

Bersediakah kita ??

Menghadapi hari yang PASTI berlaku itu tapi..tidak diketahui bila??

Rata-rata dunia hari ni mengatakan 2012 adalah tahun akan berlakunya kiamat..nah..cetek sungguh pemikiran manusia hari ini..persis dia tuhan mengandaikan segalanya2x…
Bukan bersedia dengan persediaan menghadapi kiamat tapi sebaliknya menyediakan santapan sendaan sebagai persendaan.. mula2x cerita “the day after tomorrow”,diikuti  “the happening” dan yang paling latest “2012” emmm…. Barat sibuk buat pembikinan filem…kita melayu sibuk dok pergi pawagam nak tonton cerita tu…kononya lagi real..

Yeeesss!!!… hari tu memang akan berlaku tapi persoalan saya kepada anda semua adakah kita hanya perlu sekadar menonton dan kemudian…
“emmm…dahsyatnya kiamat..”
“eeeiii…takutnya…”

Sahabat remaja ku sekalian…
Sedarlah kiamat memang sudah makin hampir jom semak sirah nabawiyyah di malam israk mikraj..
Kata rasulullah tercinta..
..bumi ku lihat umpama nenek tua yang sudah bongkok tiga..”
Wallahualam

Nah…analogi yang jelas bukan..?? 1433 tahun yang lalu rasulullah telah berkata begini apatah lagi disaat dunia kita hari ni…boleh bayangkan bagaimana keadaan nenek itu..tepuk dada tanya iman..

Sedarlah sahabat remaja ku sekalian…
Hentilah menonton jika kita hanya sekadar ingin melihat sejauh mana hebatnya kelengkapan alatan perfileman elektronik barat me”REKA” dan mem”persenda”kiamat..tapi andai kita menonton untuk mengambil ibrah dan membuat persediaan menghadapinya…yes..you are right!! let's watch it..

Sesungguhnya hari kiamat takkan terbayang dan terjangkau dek  kecetekan  fikiran kita…

 Sabda rasul s.a.w…
 “..tidak akan hampir ke hari kiamat selagi tidak berlaku pembunuhan yang mana pembunuhnya tidak tahu kenapa dia membunuh dan yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh..”

Betapa hadis ini menjelaskan jahilnya manusia pada hari ini…
Lagi…Hadis bukhari menyebut mengenai bila hampirnya kiamat..

1) Ilmu diangkat dengan di matikan para alim ulama
2) Kejahilan berleluasa
3) Zina berlaku dimana-mana
4) Arak diminum dimana-mana sahaja
5) jumlah lelaki menjadi sedikit hingga nisbahnya umpama
1 : 50 (perempuan)

Emm…dalam al furqan ada cerita mengenai gambaran kiamat yang kita boleh rujuk..jom semak..
Surah al-qiamah..
Surah al-qariiah
Surah al- takwir

Moga ia menjadi persediaan kepada kita semua bukan persendaan menghadapinya…^_^

peringatan bagi yang mudah lupa...





Thursday 16 February 2012

persahabatan..different gender??


Salam seindah hidup beriman…

Hatiku diketuk bak beduk diketuk…terlintas persoalan mengenai “couple” @ isu “ikhtilat” dalam minda mudaku..
Emmm..rata2x insan hari ini gemar ber “kawan” dengan berlainan gender katanya lebih memahami..emmm seriously memahami???
(gaya matluthfi90)

Aku sangat2x tertarik dengan kisah ini untuk dikongsi bersama-sama sahabatku di laman blog ini…

 Alkisah…seorang sahabatku ingin mengetahui mana bukti @ dalil mengenai HARAM nya COUPLE??? Emmm…(aku terdiam sejenak)

Ayatnya berbunyi “ boleh tak seseorang bagi saya dalil atau bukti mengenai haramnya couple..sebabnya kita sering kata couple haram tapi bila ditanya bukti tak tahu pun nak jawab..ayat la taqrabu zina tak relate pun dengan couple tak cukup jelas…??”

Mindaku mencerna sebarang matan hadis @ ayat quran @ kata2x ulama’ mengenai HARAM nya COUPLE…

yes..!! memang takde…melainkan …ayat ni terus datang dibenakku..

Surah isra’ ayat 32… 
                    وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِنَى....

So,jelas bukan..emm...tak..ok begini..
Ayat tersebut memang tak sebut pasal haramnya couple tapi bukankah couple merupakan” mukadimah” kepada zina tu sendiri…jadi hukumnya adalah…

Tepuk dada Tanya IMAN..

Still tak faham..?? -_-“(blurrrr)
Baik begini..analogi mudah ek..jap2x..ok…

Kita dok sibuk kata jangan pakai seksi2x ..kan aurat..menampakkan aurat tu HARAM..!
Sebelum kita dok kata lagu tu baik baju tu pun jangan kita beli apatah lagi pakai..elok lagi HARAMKAN pengusahaan baju seksi di MALAYSIA untuk ORANG ISLAM…saya ulang ORANG ISLAM..cina,india.kristian lantak pi la..diaorang tak takut tuhan…ke guane??

Relate la dengan apa yang kita dok bincang tadi pasal 
zina vs couple..

Kerajaan dok sibuk nak banteras kes pembuangan bayi yang rata2x meningkat tapi mukadimah kes ni tak nak dicegah…apa dia??

Yelah.orang duk bercouple tak mau halang,dengan couple tu lah orang duk buat maksiat ...atau ada ke orang “berzina” dengan orang lain confirm la tak melainkan.....awek @ pakwe dia dan…bukankah mereka itu golongan“couple”..

So.aku  naik hairan la bila ada yang mempertikaikan..ayat diatas tadi tak boleh guna sebagai DALIL @ HUJAH untuk menyangkal hukum “couple” tu…ye memang jelas2x banyak mudarat berbanding maslahat…
Aku pernah terbaca karya US PAHROL MUHAMAD JUOI..apa yang aku tertarik pada artikelnya..
“kita manusia ni suka mencari alasan dan hujah mengenai sesuatu yang kita dah sedia jelas terhadap hukumnya..kenapa kita tidak mengamalkan je apa yang telah tersedia ada..hakikat insan sering tak cukup dan merasa puas dengan apa yang sedia ada..”

Emm…aku sokong..101 % dengan us.pahrol juoi..!!

Ada satu lagi event yang aku nak share..baru2x ni aku jadi fasi untuk program pimpinan sekolah adik2x maahad disekolah lamaku..dijemput presiden GAMIS akhi akram ikrami..figure mahasiswa yang aku kagumi untuk slot tazkirah maghrib yang secara tak lansung membahaskan mengenai isu “ikhtilat”… aku bertanya soalan..

“apa pandangan ustaz mengenai konsep ikhtilat bila seseorang lelaki islamik berlainan perangai dengan kawan perempuan yang islamik maksud ana jadi pemalu dan susah nak berurusan dan bila dengan kawan tidak islamik( I mean agak social) agak social dan mesra..?boleh tak ana konklusikan muslimin macam ni hipokrit dan ego…”

Akhi akram ikrami tergelak.tapi jawapannya    mudah sahaja..

“ kembalilah pada hadaf sebenar kita berkawan dengan seseorang tu..paksikan alquran dan sunnah sebagai panduan,,janganlah jadikan alasan aku nak berdakwah padanya..dan hanya ini caranya…ingat al-ghayah la tubarirru wasilah (matlamat tak menghalalkan cara)…dan jangan kita jadi persis sosialisme..penyakit minda baru yang melanda remaja2x khusunya remaja islam…”

So.sahabatku yang disayangiku dan dirahmati ALLAH…insyaallah..
Mudah2xhan…apa yang aku share ni kalian tak terasa pun untuk judge ntum/ntuna sekalian tapi lebih kepada nak share apa yang sepatutnya kita buat sebagai HAMBA yang dikurniakan AKAL

Jom semak al furqan..surah al baqarah ayat 44
……”أَفَلاَ تَعْقِلُون “.
 Mafhumnya : “…adakah kamu tidak berfikir??”

So.use your brain n mind to think about it wisely…!! So..take care about your “ikhtilat”…^_^

 p/s: kali ni istilah "aku"digunakan..asif alla kulli hal...

hari kekasih...?? vs maulidur rasul...which one??


FEBRUARI VS RABIULAWAL

Salam seindah sang rembulan ciptaan ILLahi..

Apa khabar iman?? Bagaimana sifat ihsan dalam diri..??
Jom berbicara soal cinta..^_^
Mungkin masih belum terlambat…

rabiulawal tarikh keramat bersamaan bulan februari,pertembungan bulan cinta…..
cinta apa??
Yes..valentine day opsss sebelum tu..apa istimewanya 12 rabiulawal pulak..

Di Bandar kuala lumpur sekitar sogo, rata2x remaja berpeleseran meraikan “happy valentine day” bersama pasangan masing2x..seronok ketawa ria..dengan 3 kuntum bunga mawar merah  menjadi saksi cinta yang  membawa maksud “I love you”..kepada sang kekasih…

Di kampong pula,lain ceritanya
   صلى الله على محمد      #     صلى الله عليه والسلام
             يا نبى سلام عليك         #     يا رسول سلام عليك
يا حبيب سلام عليك      #      صلوات اللهرعليك
         اشرق البدر علينا          #      فاختفت منه البدور
مثل حسنك ما رأينا      #       قطّ يا وجه السرور
انت الشمش انت البدر     #    انت نور القمر

Pakcik , makcik ,orang tua2x kampong sibuk meraikan “maulud nabi”, berselawat pada nabi dibantu golongan kampong yang sama baya…mana remaja kita??
Tidak cintakah mereka pada kekasih kita ni…

Saya ada satu cerita menarik….
Kekasih hati yang tercinta ingin bertandang dirumah nahh..segala kelengkapan perabot dikemas rapi, laju memandu ke pasar membeli ikan siakap untuk masak 3 rasa bersama tomyam special..serba serbi perlu sempurna bersama insan tercinta…pakaian dari almari di gosok lendik bercalit perfume memukau kalbu..persis bidadari.@ sang putera…..
Ketukan pintu berbunyi hati melonjak riang..!!

Tapi…
Disatu ketika lain…rumah kita berkubang dengan baju tak terlipat, kita ralit menonton dvd korea asyik melayan cerita cinta sepasang kekasih….dengan plastic twisties dikiri dan kanan kita…sekotak tisu menanggisi perpisahan hero dan heroin…
Ketukan pintu berbunyi….
Dengan rambut yang kusut dikepit tinggi atau dengan ber”short pant” bersama singlet..kita membuka pintu dengan muka tak senang diganggu..

Seraut wajah bersih tersenyum..
“assalamualaikum..ya ummati…sudikah jika aku bermalam disini…??”lembut menanpar gegendang telinga.
Adakah kita ready menerima “tetamu” itu..
Dengan rumah yang macam longkang pecah..keadaan diri yang sungguh tidak sewangi tadi…sudikah kita menjemputnya ke dalam rumah kita…..
Apatah lagi dia ialah….

Ya rasulullah..
Ya habibullah….
Tetamu itu tersenyum lantas membawa diri pergi…..
menanggisi karenah jiwa2x muda yang semakin alpa,lagha dengan dunia…

Sedang disaat wafatnya baginda yang mulia.bibirnya basah menyebut…

“ummati…ummati….ummati…”

Siapa ummati?? Kalau bukan kita…umatku..umatku…
Ayuh.remaja sekalian…luangkan masa 2 minit sahaja untuk menghayati lirik
“law kanna bai nana” andai rasul bersama kita…
Apakah kita akan mengatakan…

Aku cinta rasul..lalu ditanya kita apa buktinya??
Kita hanya mampu terkebil2x tanpa bersuara…
Sedang kita mengharapkan syafaatnya di hari akhirat kelak.....
Bayangkan sahabatku sekalian….

Dipadang mahsyar yang menakutkan semua manusia sejak 1400 tahun yang lalu bangkit…dan dikejauhan…
Sayup-sayup suara rasulullah memanggil kita…ummati..ummati….
kita lihat ibu kita.memegang selendang syafaat rasullullah….kemudian ayah kita..abang kita…adik kita…kakak kita..sahabat kita….dan kita(aku) hanya mampu merenung jauh….rasulullah semakin jauh dengan kita…meninggalkan kita….kita menjerit..
“ya rasul…tunggu aku….!!”

Tapi rasulullah hanya mampu merenug sayu…dan berlalu... kita menanggis ketakutan dalam keadaan berseorangan…..
Penuh hina..
Penuh penyesalan…

Sahabat seakidah ku sekalian…andai rasul bersama kita..buktikanlah kecintaan kita bukan sekadar mengatakan..
“aku cinta rasul”
Tanpa ada apa2x usaha dan pengorbanan untuk menghidupkan sunnahnya..dan bersungguh2x menjadi mata rantai perjuangan rasullulah..

Apakah jaminan cinta kekasih kita mampu meraih nikmat syurga??
Sedang cintakan rasulullah..Allah menyayangi hamba yang mencintai kekasihnya..subhanaLLah..

Lebihkan CINTA RABIULAWAL berbanding CINTA FEBRUARI

Firman allah dalam al furqan….

“..tidaklah diutuskan engkau wahai Muhammad melainkan memberi rahmat sekalian alam..”surah saba :26