pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Tuesday 13 May 2014

Warna Warni Kehidupan

macam betul ja???

Semakin rapat hubungan kita, semakin mudah kita berkecil hati.
Semakin serius hubungan kita, semakin hebat pertengkaran kita.
Semakin banyak mencurah hati, semakin hebatnya rindu ini.
Semakin banyak berkongsi rasa, semakin hebat cinta di jiwa.


[Memaafkan tapi susah lupa? Ikhlas kah maaf itu?]
Kawan : Lin, kalau orang buat salah tapi kita maafkan, tapi kita masih ingat kesalahan itu. Adakah semestinya satu kesilapan tu dilupakan? Kata orang, kalau tak lupa tu maknanya tak memaafkan. Betul kah begitu Lin?
Me : Baik, saya bagi analogi begini. Ada seorang manusia ni mengamuk-ngamuk, dia keluar di khalayak ramai dan melibas-libaskan parang. Ramai yang tercedera termasuklah kita sekali. Selepas beberapa ketika, si pengamuk ni pergi menemui orang ramai tadi dan meminta maaf.
"Maafkanlah saya, saya tak sedar apa yang saya dah buat tadi tu."
Sebagai mangsa dan manusia, kita pun maafkan dia. Tapi, parut di anggota badan tu masih ada dan kita masih ingat kejadian tu. Adakah ini dikira tidak memaafkan? Kalau still ingat, tak semestinya tak memaafkan. Mungkin ingatan tu untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. 
Kawan : Alhamdulillah Lin, saya faham sudah. Mudah memaafkan tapi tidak melupakan. Semua orang begitu kan lin? Nama pun manusia.
Me : *Angguk dan senyum*


 Cc: k. Haslinda Alias

Wednesday 7 May 2014

PART 1: destinasi kita


DESTINASI KITA


Malam itu agak kelam berbeza dari sebelumnya. Sekelam hati irham Asyraf. Irham senang merenung langit yang pekat itu. Fikirannya menerawang mengimbas peristiwa petang tadi. Perbualan bersama abang sulungnya. Ihsan Adham.
“am.. along rasa pilihan am untuk sambung belajar di Jordan tu tak berapa ok, dengan kondisi ummi dan abi yang mengharapkan am berada disisi mereka..ye lah along dah nak balik yaman minggu depan.. balik Malaysia tahun depan la jawabnya.. kalau am pun buat keputusan nak sambung belajar ke Jordan.. kesianlah ummi dan abi,adik-adik..” suara Ihsan. Irham mengeluh. Berat.
Itu cita-citanya.
Itu impiannya.
“ nanti am fikir lah along…” suaranya. jawapan mudah dan ringkas. Ihsan mengangguk. Memohon pengertiaan daripada adik ke 2 nya itu.

*****************
“Assalamualaikum am..! kaif hal? Apa yang dimenungkan tu? “ soal Iskandar. Sahabatnya yang akan bertolah ke mesir pada penghujung bulan mei ini.
“waalaikumussalam..is, mana ada termenung..sihat je… dari mana?”soal Irham.
“dari Bandar.. beli barang sikit.. emm…jangan lupa hujung bulan ni hantar aku kat KLIA ye.. “ pesan sahabat baiknya itu.
“insyaAllah.. aku akan hantar nanti.. iringi sekali walau aku tak bersama dalam penerbangan tu..”suaranya. ada nada kesal.
“rezeki kau di malaysia am.. belajar jugak.. ilmu ni bukan soal tempat belajar  am.. tapi soalnya ilmu tu kita nak belajar atau tak.. sama je.. yang penting.. ikhlas menuntut ilmu Allah ni..” bahu irham dipeluk erat oleh Iskandar.
Irham asyraf. Senyum. Hambar.
“terima kasih is.. aku cuba!” suaranya ringkas.
“sama-sama.. apa yang penting.. aku, kau, kerja dakwah kita jangan pernah terhenti..jangan pernah terhenti! Itu janji kita..” suara Iskandar.
Aku mengenggam jemari sahabatku itu. Sahabat atas pejuangan islam ini.
Ukhuwwah kami erat kerna tarbiyyah!
Ukhuwwah kami mantap kerna dakwah!
“apa yg disembang tu?” sampuk Umair dan Firhad.
2 orang lagi teman seakidah menyapa dari belakang. Irham dan iskandar memusingkan badan mereka.
“tengah mengumpat ntum la..” usik iskandar.
“amboi-amboi.. sanggup ke makan daging saudara sendiri.. auzubillahi minasyaitan….
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." 
(Al-Hujuraat:49:12)
Ayat itu dibaca oleh umair Al Farouq.
Ketiga-tiga sahabatnya terdiam. “hah! Kan dah kena..” Firhad ajmain tersengih. Iskandar dan irham tergelak besar.
“allah.. takkan kami nak ngumpat sahabat sendiri.. relax la umair..” irham tertawa. Iskandar memaut bahu umair dan firhad.
Masing-masing tersenyum.
“dah jom makan.. pisang goring panas dengan air tebu.. aku beli tadi.. jom bedah buku.. wabak sepanjang jalan..” suara Firhad.
“jom! Ni usrah terbaik..” suara Iskandar.
Mereka berempat membuat halaqah kecil. Masing-masing membuku buku warna koko itu untuk dibincangkan bersama. Selesai sejam lebih berdiskusi. Mereka menjamu perut dengan hidangan petang itu.
Begitulah kehidupan empat remaja 19 tahun itu. Penuh dengan agenda dakwah .

*****************
petang jam 5.00 pagi hari khamis itu. Irham, Umair mengiringi Firhad dan Iskandar dan beberapa pelajar Maahad Agama Bestari Islam (MABIM) itu ke KLIA.
Firhad Ajmain dan Iskandar memeluk kedua sahabatnya itu. Mereka akan terpisah antara timur tengah dan semenanjung Malaysia.
“am.. umair.. ayat untuk kalian
“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.”
(al-Anfaal:45-46)
Baca ayat ni kalau ntum lemah..ingat thabat dalam jalan dakah ni.. doakan kami juga thabat ye.. ukhuwwah kita berempat akan tetap utuh walau jauh beribu batu..” suara Firhad. Iskandar menepuk kedua-dua bahu sahabatnya itu.
“ntum punya misi dini.. kami disana.. hadaf yang serupa.. tempat yang berbeza..infiru!” penuh makna.
Irham dan umair tersenyum.
“insyaAllah..”



BINTU IBRAHIM
060514

illustrasi hati ini

perasaanku detik ini..


sedih.

saat semua TAK PERCAYA.
saat semua MENUDING JARI.
saat semua MENYALAHI DIRI..
seakan2 semuanya SALAH KU..
SAHAJA!!

tenang.
saat Allah memberi KEKUATAN
saat Allah tunjukkan KEBENARAN
saat Allah menghulurkan KESABARAN


Menanggis.
saat semua SEAKAN MENUDUH
saat semua SEAKAN TAK AMBIL PEDULI

Kuat.
kuatkan HATI
kuatkan SEMANGAT
kuatkan KEEP IN TOUCH dgn Allah 
^_^



Tuesday 6 May 2014

ujian? Kan bukti Allah sayang..^_^

terima kasih tuhan..




Ya Allah saat ujianMU tiba..
Saat ujian MU datang..
Ku mohon hati ini tidak hiba…
Hati ini lebih matang..

Mungkin detik tadi semua insan menuding jari..
Semua insan meyalahkan diri..
Sedang diri tiada kekuatan atau bukti..
Cuma kata-kata semngat dari beberapa ukhti..
Terima kasih sahabat sejati..
Sentiasa menemani disisi
Ditemani jua iringan air mata mengalir menelusuri pipi..

Dikau!
Sahabat yang sedang ceria..
Moga dikau turut mendoakan ku walau tiada khabar pertanyaan..
Mungkin niat kalian tak nak menganggu..
Hakikatnya aku amat memerlukan..
Tidak mengapa.. hati kecil ini sedikit terasa..
Namun Allah Azza Wa Jalla terus menyapa..

Terima kasih tuhan!
Moga urusan kalian dan urusan ku dipermudahkan..


^_^



Bintu Ibrahim 060514