pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Thursday 26 July 2012

aku masih terpilih...!


tetamu istimewa setahun sebulan ajee...



Salam ramadhan kareem buat daie yang membaca post di entry ku kali ni....
Alhamdulillah seinfiniti tahmid kehadrat ILLAHI..

Hingga detik dan saat ini hembusan nafasku masih berbaur islam dan iman..

Masih lagi aku diberi ruang dan peluang menjadi tetamu ramadhan al Mubarak…

Hari ini genap 6 hari kita menahan lapar dan dahaga..semuanya demi mengejar redha ILLAHI..
=)

Masih segar di ruang minda kata ma,waktu aku cukup malas bangun sahur (waktu kanak2x ribena)

“pose ni..nak kutip pahala sebanyak mungkin..tak sama dengan hari biasa..sahur ada pahala banyak..kita bangun tengok ore make pun..kita pun dapat pahala..”

Tergelak sendiri,macam tu sekali analogi ma bagi padaku untuk menyatakan 
kelebihan sahur..hari ini hari ke 6 juga aku berpuasa tanpa family tercinta disisi..tuntutan taklifat dibumi nilai,membawa aku ke sini…

Emmm..tak sabar nak bersahur dan berbuka bersama..ma,abah,adik eqah dan adik irah..k.nor pula perlu teruskan perjuangan di shah alam dengan assignment lab nya…sabar yerrr k.nor,kakak sulungku..=)

Emm..banyak benda yang dapat aku pelajari sempena ramadhan ni..
antaranya peristiwa semalam berlaku didepan mataku sewaktu aku dalam perjalanan menunaikan terawih..sebuah kereta saga dihadapan kami sangat perlahan gerakannya..
sahabatku berkata

“ishh..kenapa yerr,,pakcik ni lambat sangat kita nak kejar terawih…aduii..”

kami semua mengiakan..
Sebaik melintasi masjid besar nilai…
Subhanallah…!

Ada tangan yang keluar dari ruang tingkap menghulurkan makanan(moreh) kepada semua “pejalan kaki”yang menuju ke masjid..

Sahabat dihadapan bersuara
“ya allah..allahuakbar..! baiknya pakcik ni..”

memang kami terpana dengan perlakuannya..,seterusnya kami seiring dengan keretanya..dia sekeluarga telah lengkap berpakaian untuk kemasjid juga..
hebat sungguh sikap manusia di bulan penuh barakah ini…
berlumba-lumba mendapatkan ganjaran pahala..memang  beginilah yang kita inginkan…!

aku juga teringat hadis nabi saw..
"berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.."
riwayat an-nisa'i

emm..aku amat mengharapkan moga aku tidak tergolong dalam golongan sebagaimana hadis baginda...

jom ukhti dan ikhwan sekalian..

sambil mengejar hadiah pahala..refresh niat seeloknya agar ibadat kita tidak dihiasi penyakit hati riak,ujub.takabbur dan etc..
jom teruskan beramal...
bukan sekadar di bulan ramadhan malah istiqamah hingga ke penghujungnya...
peringatan buat diri dan sahabat sekalian...=)

bersama membangunkan akal dan jiwa..=)

No comments:

Post a Comment