pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Tuesday 13 May 2014

Warna Warni Kehidupan

macam betul ja???

Semakin rapat hubungan kita, semakin mudah kita berkecil hati.
Semakin serius hubungan kita, semakin hebat pertengkaran kita.
Semakin banyak mencurah hati, semakin hebatnya rindu ini.
Semakin banyak berkongsi rasa, semakin hebat cinta di jiwa.


[Memaafkan tapi susah lupa? Ikhlas kah maaf itu?]
Kawan : Lin, kalau orang buat salah tapi kita maafkan, tapi kita masih ingat kesalahan itu. Adakah semestinya satu kesilapan tu dilupakan? Kata orang, kalau tak lupa tu maknanya tak memaafkan. Betul kah begitu Lin?
Me : Baik, saya bagi analogi begini. Ada seorang manusia ni mengamuk-ngamuk, dia keluar di khalayak ramai dan melibas-libaskan parang. Ramai yang tercedera termasuklah kita sekali. Selepas beberapa ketika, si pengamuk ni pergi menemui orang ramai tadi dan meminta maaf.
"Maafkanlah saya, saya tak sedar apa yang saya dah buat tadi tu."
Sebagai mangsa dan manusia, kita pun maafkan dia. Tapi, parut di anggota badan tu masih ada dan kita masih ingat kejadian tu. Adakah ini dikira tidak memaafkan? Kalau still ingat, tak semestinya tak memaafkan. Mungkin ingatan tu untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. 
Kawan : Alhamdulillah Lin, saya faham sudah. Mudah memaafkan tapi tidak melupakan. Semua orang begitu kan lin? Nama pun manusia.
Me : *Angguk dan senyum*


 Cc: k. Haslinda Alias

2 comments:

  1. Salam seindah ukhuwwah kerana ALLAH....
    Fitrah @ lumrah dalam persahabatan ada bahagia & ada dukanya. Duka itu indah bagi yang merasa sayang ALLAH ketika dia menjalinkan persahabatan dengan sahabat2nya. Ana yakin Ukhti Nor Amira Ibrahim adalah sahabat yang baik untuk sahabatnya. Jadilah sebaik sahabat hanya kerana ALLAH barulah kita tidak mudah bertingkah sesama sahabat. luka dalam persahabatan banyak mengajar kita mengenal Tuhan disamping menjadikan kita lebih matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran ukhti Farah Haryanti Yaakob.. sungguh dirimu banyak mengajar "ilmu baharu" kepadaku..
      benar, kawan tak selamanya menyenangkan..
      adakalanya amat menyakitkan..
      hati ini sering menanggis..
      ujian tanda sayang..
      diri ini mula menghayati..
      taktala di uji siapa disisi..diri ini kian mengetahui..
      tidak ku kata diri ini sempurna..
      cuma ingin menyempurnakan keadaan..

      Delete