pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Thursday 12 January 2012

tahun baru ni...siri 1


Salam seindah hidup beriman tagline aku yang paling aku suka…

Lama benar meninggalkan lembaran blog ni,sedar tak sedar sudah 13 hari berada di tahun baru..(2012) emm….beberapa azam baru telah aku pahatkan dalam hati…banyak cerita yang ingin kulakarkan ..pertama sekaliperistiwa yang paling bersejarah bagi semua penuntut ipt umumnya dan khasnya upsi…bagi aku la..kerana awal baru tahun ni dikejutkan dengan ke “bangkitan” mahasiswa (pro-m)..pemulanya isu adam adli,diikuti dengan semangat juang saudara safwan anang yang cedera dihentam fru dan polis gara2x berdemostransi secara aman…aku tekankan aman..tanpa sebarang senjata hanya berbekalkan banner,hailer dan semangat inginkan"keadilan" itu sahaja pada malam kejadian..(1 jan 12_...
sangat menyentap ruang minda dan fikiran dengan keadaan dunia yang sangat2x “jahat”..

Tak hairan dalam hadis ada menyebut: 

  “ ..kehidupan didunia ni sesungguhnya sangat busuk…” =wallahualam=

Sungguh.jika harta dunia yang ingin kita kejar..kewarasan akal kadang2x tertutup dek kejahilan yang terbuka…
Pemimpin Negara umpama “tersalah’’ guna kuasa…
Aku pun tak tahulah macam mana boleh jadi sebegini rupa cara pemerintahan pemimpin Malaysia..

Aku ada bertanyakan sahabat aku mengenai isu ni..katanya:

“ sedang kan dizaman nabi pun dah ada golongan sebegini apatah  lagi dizaman kita ni yang dah makin jauh dengan zaman terbaik itu…”
Aku bermonolog sendiri..”tepat..!” bisik hatiku.

Dibawah aku lampirkan beberapa gambar mengenai kes HADIAH sempena
 “tahun baru 2012” kepada mahasiswa/i…










No comments:

Post a Comment