pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Monday 31 March 2014

khas dariku untuk mu..


Kami bergelar teman sewaktu berusia seawal 11 tahun..
masing-masing daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Berbeza sama sekali.
Empat kanak-kanak ceria.
Nurul Syuhada, Nur Farhanani, Nor Amira dan Farah Haryanti..
Persahabatan indah ini bermula di sek keb pasir pekan..
Dikelas paling cemerlang, 5 cemerlang 1..
Mengukir memori terindah..
Persahabatan indah ini bersambung hingga ke bumi maahad..
Maahad muhammadi pasir pekan,Maahad penuh barakah..
Hampir 7 tahun kita.. bersama..
Syuhada! Kakak bagi kita semua..karakternya yang matang..
Banyak titipan nasihat darinya kami dengar..
Amira! Diriku yang ceria..
Sering tersenyum dengan lawak happy darinya..
Farhanani! Si cilik yang suka berkata-kata..
Bermacam-macam cerita menghiburkan suasana..
Farah! Sopan dan bersahaja..
Ada sahaja ungkapan kata-kata yang menyedarkan jiwa..
Kini! Segalanya telah berubah..
Berubahnya usia kita..
Berubahnya fizikal kita..
Tapi tidak ukhuwwah kita..
Kita masih setia bersama jika ada masa..
Masih berjumpa..
Farah dan Amira dibumi Nilai menyambung pengajiaanya..
Syuhada dan Farhanani di Gombak dengan cita-citanya..
USIM dan UIA pilihan kita..
2 orang dalam bahasa arabnya..
Seorang dengan pengajian quran dan hadisnya..
Seorang dengan psikologinya..
insyaAllah nanti kita bersua..
kita akan berkongsi cerita..
banyak yang ingin dibicara..
tapi semuanya indah belaka…
cukuplah sekadar kita berempat yang merasainya..
ada satu kata-kata khas utk kalian..
“ Allah mengajar kita melalui teman..
Allah mengajar kita melalui pengalaman..
Allah mengajar kita melalui ujian..
Untuk kita menjadi hamba yang beriman..
Hargailah sahabat ketika disisi..
Rinduilah bila ia jauh disisi..
Pengalaman membina kekuatan diri..
Ujian untuk cekalkan hati..

Akhir sekali kita bertemu ya Rabbi..”

dari kiri : farah, nani, hada., mira..hee..=)

1 comment:

  1. Subhanallah...mengimbau kembali kenangan bersama sahabat 4 serangkai. Uhibbukum fillah abadan abada :-)

    ReplyDelete