pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Sunday 30 March 2014

jagalah hati ini..

Teman…
Kawan..
Sahabat..

Semuanya kalimah yang berbeza tapi membawa MAKSUD yang sama..
Iaitu seseorang yang sentiasa disisi kita selepas ahli keluarga..

Tepat sekali…

Tapi mengapa susah mencari sahabat kawan atau teman sebaik sahabat nabi..

Kerna aku tahu..
Jawapannya..

Aku bukan nabi..

Tapi aku cuba mengikuti peribadi nabi..

Tak banyak moga ada sisa mahmudah berbekas dihati..

Aku yakin tak semua menyenangi..
Kerna kita tak bisa paksa orang menyayangi..
Apatah lagi mencintai..

Cumanya!
Aku mohon pada ya Rabbi..
Saat semua MANUSIA membenci..
Saat semua seakan menghindari..
Moga,
YA RABBI kau sentiasa memerhati..

KAU  sentiasa menyayangi…
KAU sentiasa mencintai..

Moga itu mengubat HATI kecil ini..
Agar terus kuat berdiri..
Mengharungi dunia yang singkat kini..


PESAN SEORANG TEMAN:
“..hargailah sahabat yang ada disisi.. supaya kelak bila dia takde kita tak menyesal nanti..hakikat manusia bila dah tiada baru nak diingati..”

Aku akui kata-kata ini..
insyaAllah selagi termampu akan dijaga hati teman disisi…
Cuma mengharap dia menghargai..

Sabarlah hati…


Sabarlah hati..


No comments:

Post a Comment