pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Tuesday 1 April 2014

Memberi VS Menerima

Memberi VS Menerima, apa maksudnya??


Salam indah kerna Illahi.. buat pembaca entry kali ni.. suka saya utk membawa kalian menghayati apa “hidden meaning” utk tajuk kali ni.

Memberi VS Menerima..

Apa maksud??
Jika kita berukhuwwah sifat memberi adalah penting..
Begitu juga dalam konsep dakwah..

Memberi  adalah perkara asas. Penting!

Kata org putih la hee..
“what u give u get back”
Maksudnya, apa yang kita beri kita dapat balik..

So berilah hatimu pada yang selayaknya.. J

Contoh lagi..
Mana mungkin seorang gadis boleh mencintai seorang lelaki andai tiada “pemberiaan” hati lelaki itu kepada gadis itu. Mean, keduanya kena saling MEMBERI..
Bagaimana MENERIMA??

Menerima kasih atau perhatian org terhadap kita dengan IKHLAS.

Janganlah kita merasa bangga andai ada yang TERHEGEH-HEGEH memberi kasihnya,lalu kita tidak membalasnya dengan MENERIMA dan MENGHARGAI..

Sedarlah..

Mungkin saat ini dia tak bernilai bagimu..
Mungkin kelak dia adalah insan yang paling kau sayangi..
Dan harap dalam hidup..

Lapangkan dadamu..
Rendahkan ego mu..

Dikau hanya manusia biasa..
Janganlah mengharapkan org sahaja memahami dirimu..
Tanpa, dikau cuba memahami kondisi sahabatmu..
Yang mungkin mengharapkan dikau megerti perasaanya saat itu..
Bila kita ikhlas memberi dan menerima.

Yakinlah!

Engkau akan bahagia..
Bukankah kita nak menjadi syafaat pada diri masing-masing supaya dapat berlari ke syurga..

Bukankah itu dambaan kita..
Bukankah itu impian kita..

Maka! Mengapa kita hanya minta diberi tanpa cuba menerima..
Jika, detik ini sahabatmu tidak mempedulikan mu..

Ingatlah..
Niat kita ber”teman” kerna ILLAHI..
Mengharap balasan dari YA RABBI..
Jadi! Mengapa kecewa dan sedih andai sahabat itu tidak PEDULI..
Mungkin detik  ini..
Dia sahabat bagimu..
Tapi kamu bukan sahabat baginya..

Doa ye..

Peganglah hatimu..

Moga Allah memberi kekuatan agar sentiasa MEMBERI doakan agar ALLAH membuka hatinya untuk MENERIMA suatu hari nanti..






2 comments:

  1. syukran ukhti mahbubah, Nor Amira Ibrahim atas 'post' yang bisa menjenti hatiku sebagai sahabatmu. Moga insan lain turut merasa indahnya ukhuwwah kerana ALLAH.

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH ukhti mahbubati Farah Haryanti~

    ReplyDelete