pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Thursday 16 February 2012

hari kekasih...?? vs maulidur rasul...which one??


FEBRUARI VS RABIULAWAL

Salam seindah sang rembulan ciptaan ILLahi..

Apa khabar iman?? Bagaimana sifat ihsan dalam diri..??
Jom berbicara soal cinta..^_^
Mungkin masih belum terlambat…

rabiulawal tarikh keramat bersamaan bulan februari,pertembungan bulan cinta…..
cinta apa??
Yes..valentine day opsss sebelum tu..apa istimewanya 12 rabiulawal pulak..

Di Bandar kuala lumpur sekitar sogo, rata2x remaja berpeleseran meraikan “happy valentine day” bersama pasangan masing2x..seronok ketawa ria..dengan 3 kuntum bunga mawar merah  menjadi saksi cinta yang  membawa maksud “I love you”..kepada sang kekasih…

Di kampong pula,lain ceritanya
   صلى الله على محمد      #     صلى الله عليه والسلام
             يا نبى سلام عليك         #     يا رسول سلام عليك
يا حبيب سلام عليك      #      صلوات اللهرعليك
         اشرق البدر علينا          #      فاختفت منه البدور
مثل حسنك ما رأينا      #       قطّ يا وجه السرور
انت الشمش انت البدر     #    انت نور القمر

Pakcik , makcik ,orang tua2x kampong sibuk meraikan “maulud nabi”, berselawat pada nabi dibantu golongan kampong yang sama baya…mana remaja kita??
Tidak cintakah mereka pada kekasih kita ni…

Saya ada satu cerita menarik….
Kekasih hati yang tercinta ingin bertandang dirumah nahh..segala kelengkapan perabot dikemas rapi, laju memandu ke pasar membeli ikan siakap untuk masak 3 rasa bersama tomyam special..serba serbi perlu sempurna bersama insan tercinta…pakaian dari almari di gosok lendik bercalit perfume memukau kalbu..persis bidadari.@ sang putera…..
Ketukan pintu berbunyi hati melonjak riang..!!

Tapi…
Disatu ketika lain…rumah kita berkubang dengan baju tak terlipat, kita ralit menonton dvd korea asyik melayan cerita cinta sepasang kekasih….dengan plastic twisties dikiri dan kanan kita…sekotak tisu menanggisi perpisahan hero dan heroin…
Ketukan pintu berbunyi….
Dengan rambut yang kusut dikepit tinggi atau dengan ber”short pant” bersama singlet..kita membuka pintu dengan muka tak senang diganggu..

Seraut wajah bersih tersenyum..
“assalamualaikum..ya ummati…sudikah jika aku bermalam disini…??”lembut menanpar gegendang telinga.
Adakah kita ready menerima “tetamu” itu..
Dengan rumah yang macam longkang pecah..keadaan diri yang sungguh tidak sewangi tadi…sudikah kita menjemputnya ke dalam rumah kita…..
Apatah lagi dia ialah….

Ya rasulullah..
Ya habibullah….
Tetamu itu tersenyum lantas membawa diri pergi…..
menanggisi karenah jiwa2x muda yang semakin alpa,lagha dengan dunia…

Sedang disaat wafatnya baginda yang mulia.bibirnya basah menyebut…

“ummati…ummati….ummati…”

Siapa ummati?? Kalau bukan kita…umatku..umatku…
Ayuh.remaja sekalian…luangkan masa 2 minit sahaja untuk menghayati lirik
“law kanna bai nana” andai rasul bersama kita…
Apakah kita akan mengatakan…

Aku cinta rasul..lalu ditanya kita apa buktinya??
Kita hanya mampu terkebil2x tanpa bersuara…
Sedang kita mengharapkan syafaatnya di hari akhirat kelak.....
Bayangkan sahabatku sekalian….

Dipadang mahsyar yang menakutkan semua manusia sejak 1400 tahun yang lalu bangkit…dan dikejauhan…
Sayup-sayup suara rasulullah memanggil kita…ummati..ummati….
kita lihat ibu kita.memegang selendang syafaat rasullullah….kemudian ayah kita..abang kita…adik kita…kakak kita..sahabat kita….dan kita(aku) hanya mampu merenung jauh….rasulullah semakin jauh dengan kita…meninggalkan kita….kita menjerit..
“ya rasul…tunggu aku….!!”

Tapi rasulullah hanya mampu merenug sayu…dan berlalu... kita menanggis ketakutan dalam keadaan berseorangan…..
Penuh hina..
Penuh penyesalan…

Sahabat seakidah ku sekalian…andai rasul bersama kita..buktikanlah kecintaan kita bukan sekadar mengatakan..
“aku cinta rasul”
Tanpa ada apa2x usaha dan pengorbanan untuk menghidupkan sunnahnya..dan bersungguh2x menjadi mata rantai perjuangan rasullulah..

Apakah jaminan cinta kekasih kita mampu meraih nikmat syurga??
Sedang cintakan rasulullah..Allah menyayangi hamba yang mencintai kekasihnya..subhanaLLah..

Lebihkan CINTA RABIULAWAL berbanding CINTA FEBRUARI

Firman allah dalam al furqan….

“..tidaklah diutuskan engkau wahai Muhammad melainkan memberi rahmat sekalian alam..”surah saba :26

No comments:

Post a Comment