pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Wednesday 22 February 2012

frends forever liLLahii taala...


Indahnya ukhuwwah ini…


Salam seindah hidup beriman …^_^

Baru lepas mendengar ceramah us.azhar idrus kuliah maghrib..sangat menarik..tajuknya “more to friendship”..

Konklusiku..
Indahnya ukhuwwah sukar diterjemah jika ia berbuah keikhlasan..
Indahnya ukhuwwah sukar disebut jika ia bertunaskan kemesraan..
Indahnya ukhuwwah sukar diganti jika ia berpaksikan keredhaan tuhan…

Sungguh indah bait2x ukhuwwah jika kita hanya sekadar menyebut tapi tak semudah itu untuk melaksanakannya…

Allah berfirman dalam al furqan surah al ankaabut ayat 2..

“..apakah manusia itu menyangka mereka akan dibiarkan berkata (aku telah beriman) sedang mereka tidak diuji…”

Begitu juga ukhuwwah…

Lihat para sahabat mereka berkata sanggup mati kerana rasulullah..yess…!! mereka membuktikannya..

Lihat saja saiyidina abu bakar al siddiq mejadikan dirinya  sebagai benteng rasulullah dari dipatuk binatang berbisa didalam gua thur..sewaktu peristiwa hijrah

Diikuti saiyidina umar al khattab menjadikan benteng dirinya melindungi rasulullah sewaktu peperangan uhud..

Sebagaimana saiyidina uthman al affan yang membelanjakan hampir keseluruhan hartanya sebagai bukti kecintaan kepada rasulullah dan islam…

Diikuti seorang sahabat yang mencintai allah dan rasulnya..begitu juga  allah dan rasulnya menyayanginya juga..iaitu saiyidina ali karamullahu wajhah..yang sanggup menjadikan dirinya sebagai galang ganti mengantikan nabi saw ditempat tidurnya dalam peristiwa sewaktu hijrah...

Hebat bukan…!?

Bagaimana pula dengan Qatadah seorang sahabat nabi saw yang sanggup menjadi perisai nabi sewaktu perang uhud hingga matanya tertusuk tombak dan tersembur matanya..subhanallah…

hebatnya mereka dalam berukhuwwah..
Kita mendambakan sahabat yang demikian..?? bagaimana pula kita??adakah kta berusaha menjadi sebaik mungkin untuk berukhuwwah dengan seseorang…

Kata seorang pujangga arab
“seorang yang banyak memberi akan banyak menerima”

Maksudnya seseorang yang banyak memberi kasih sayang kepada seseorang yang lain akan turut menerima kasih sayang dari seseorang yang lain…itulah falsafah ingin berkasih sayang..

Sehingga dunia hari ini mengangkat martabat seorang kawan melebihi dirinya sendiri,begitu hebat peranan seorang sahabat disisi kita…

Suka sekali saya nak menyebut..Dalam hadis riwayat tarmizi berkata :
“..seseorang mengikut agama sahabatnya..maka hendaklah kamu tengok dengan betul siapa yang hendak dibuat kawan..”
Yes..!
tepat.....
bagaimana diri kita adalah gambaran dengan siapa kita berkawan.
Oleh itu carilah sahabat yang mampu menjadi penasihatmu disaat kamu berbuat silap…

Carilah sahabat yang mampu menjadi pembelamu disaat kamu dihina kerana kebenaran…
Carilah sahabat yang mampu menjadi teman sebahu disaat kamu kecewa kerana kegagalan…
Carilah sahabat yang turut sama bersyukur kegembiraan  disaat kamu berjaya…

Ya rahman..ya rahim..
Kurniakan aku sahabat yang mampu memimpin tanganku menuju ke syurgaMU…aamin…^_^


No comments:

Post a Comment