pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Sunday 19 February 2012

hari yang pasti...tapi...bila???


KIAMAT SEMAKIN HAMPIR??? PERSEDIAAN ATAU PERSENDAAN…

Salam seindah hidup beriman….
Sebaik saje menonton rancangan madrasah akidah disaluran 114 al hijrah pagi ni…

Saya teringin untuk membawa sahabat2x sekalian meneroka dunia akan datang tapi masih belum berlaku sekarang…

Bayangkan suatu malam kita berehat didepan pantai yang tenang bersama ahli keluarga kita yang tercinta sambil membakar BBQ....tiba-tiba,suasana alam berubah menjadi gelap kita kelam kabut tidak tahu kemana ingin tuju.ibu dan ayah kita lari bertempiaran adik kita menanggis keseorangan kakak dan abang tersungkur jatuh laut bergelora…angin kencang suasana kelam membuatkan kita berlari penuh ketakutan…

Bersediakah kita ??

Menghadapi hari yang PASTI berlaku itu tapi..tidak diketahui bila??

Rata-rata dunia hari ni mengatakan 2012 adalah tahun akan berlakunya kiamat..nah..cetek sungguh pemikiran manusia hari ini..persis dia tuhan mengandaikan segalanya2x…
Bukan bersedia dengan persediaan menghadapi kiamat tapi sebaliknya menyediakan santapan sendaan sebagai persendaan.. mula2x cerita “the day after tomorrow”,diikuti  “the happening” dan yang paling latest “2012” emmm…. Barat sibuk buat pembikinan filem…kita melayu sibuk dok pergi pawagam nak tonton cerita tu…kononya lagi real..

Yeeesss!!!… hari tu memang akan berlaku tapi persoalan saya kepada anda semua adakah kita hanya perlu sekadar menonton dan kemudian…
“emmm…dahsyatnya kiamat..”
“eeeiii…takutnya…”

Sahabat remaja ku sekalian…
Sedarlah kiamat memang sudah makin hampir jom semak sirah nabawiyyah di malam israk mikraj..
Kata rasulullah tercinta..
..bumi ku lihat umpama nenek tua yang sudah bongkok tiga..”
Wallahualam

Nah…analogi yang jelas bukan..?? 1433 tahun yang lalu rasulullah telah berkata begini apatah lagi disaat dunia kita hari ni…boleh bayangkan bagaimana keadaan nenek itu..tepuk dada tanya iman..

Sedarlah sahabat remaja ku sekalian…
Hentilah menonton jika kita hanya sekadar ingin melihat sejauh mana hebatnya kelengkapan alatan perfileman elektronik barat me”REKA” dan mem”persenda”kiamat..tapi andai kita menonton untuk mengambil ibrah dan membuat persediaan menghadapinya…yes..you are right!! let's watch it..

Sesungguhnya hari kiamat takkan terbayang dan terjangkau dek  kecetekan  fikiran kita…

 Sabda rasul s.a.w…
 “..tidak akan hampir ke hari kiamat selagi tidak berlaku pembunuhan yang mana pembunuhnya tidak tahu kenapa dia membunuh dan yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh..”

Betapa hadis ini menjelaskan jahilnya manusia pada hari ini…
Lagi…Hadis bukhari menyebut mengenai bila hampirnya kiamat..

1) Ilmu diangkat dengan di matikan para alim ulama
2) Kejahilan berleluasa
3) Zina berlaku dimana-mana
4) Arak diminum dimana-mana sahaja
5) jumlah lelaki menjadi sedikit hingga nisbahnya umpama
1 : 50 (perempuan)

Emm…dalam al furqan ada cerita mengenai gambaran kiamat yang kita boleh rujuk..jom semak..
Surah al-qiamah..
Surah al-qariiah
Surah al- takwir

Moga ia menjadi persediaan kepada kita semua bukan persendaan menghadapinya…^_^

peringatan bagi yang mudah lupa...





No comments:

Post a Comment