pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Thursday 16 February 2012

persahabatan..different gender??


Salam seindah hidup beriman…

Hatiku diketuk bak beduk diketuk…terlintas persoalan mengenai “couple” @ isu “ikhtilat” dalam minda mudaku..
Emmm..rata2x insan hari ini gemar ber “kawan” dengan berlainan gender katanya lebih memahami..emmm seriously memahami???
(gaya matluthfi90)

Aku sangat2x tertarik dengan kisah ini untuk dikongsi bersama-sama sahabatku di laman blog ini…

 Alkisah…seorang sahabatku ingin mengetahui mana bukti @ dalil mengenai HARAM nya COUPLE??? Emmm…(aku terdiam sejenak)

Ayatnya berbunyi “ boleh tak seseorang bagi saya dalil atau bukti mengenai haramnya couple..sebabnya kita sering kata couple haram tapi bila ditanya bukti tak tahu pun nak jawab..ayat la taqrabu zina tak relate pun dengan couple tak cukup jelas…??”

Mindaku mencerna sebarang matan hadis @ ayat quran @ kata2x ulama’ mengenai HARAM nya COUPLE…

yes..!! memang takde…melainkan …ayat ni terus datang dibenakku..

Surah isra’ ayat 32… 
                    وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِنَى....

So,jelas bukan..emm...tak..ok begini..
Ayat tersebut memang tak sebut pasal haramnya couple tapi bukankah couple merupakan” mukadimah” kepada zina tu sendiri…jadi hukumnya adalah…

Tepuk dada Tanya IMAN..

Still tak faham..?? -_-“(blurrrr)
Baik begini..analogi mudah ek..jap2x..ok…

Kita dok sibuk kata jangan pakai seksi2x ..kan aurat..menampakkan aurat tu HARAM..!
Sebelum kita dok kata lagu tu baik baju tu pun jangan kita beli apatah lagi pakai..elok lagi HARAMKAN pengusahaan baju seksi di MALAYSIA untuk ORANG ISLAM…saya ulang ORANG ISLAM..cina,india.kristian lantak pi la..diaorang tak takut tuhan…ke guane??

Relate la dengan apa yang kita dok bincang tadi pasal 
zina vs couple..

Kerajaan dok sibuk nak banteras kes pembuangan bayi yang rata2x meningkat tapi mukadimah kes ni tak nak dicegah…apa dia??

Yelah.orang duk bercouple tak mau halang,dengan couple tu lah orang duk buat maksiat ...atau ada ke orang “berzina” dengan orang lain confirm la tak melainkan.....awek @ pakwe dia dan…bukankah mereka itu golongan“couple”..

So.aku  naik hairan la bila ada yang mempertikaikan..ayat diatas tadi tak boleh guna sebagai DALIL @ HUJAH untuk menyangkal hukum “couple” tu…ye memang jelas2x banyak mudarat berbanding maslahat…
Aku pernah terbaca karya US PAHROL MUHAMAD JUOI..apa yang aku tertarik pada artikelnya..
“kita manusia ni suka mencari alasan dan hujah mengenai sesuatu yang kita dah sedia jelas terhadap hukumnya..kenapa kita tidak mengamalkan je apa yang telah tersedia ada..hakikat insan sering tak cukup dan merasa puas dengan apa yang sedia ada..”

Emm…aku sokong..101 % dengan us.pahrol juoi..!!

Ada satu lagi event yang aku nak share..baru2x ni aku jadi fasi untuk program pimpinan sekolah adik2x maahad disekolah lamaku..dijemput presiden GAMIS akhi akram ikrami..figure mahasiswa yang aku kagumi untuk slot tazkirah maghrib yang secara tak lansung membahaskan mengenai isu “ikhtilat”… aku bertanya soalan..

“apa pandangan ustaz mengenai konsep ikhtilat bila seseorang lelaki islamik berlainan perangai dengan kawan perempuan yang islamik maksud ana jadi pemalu dan susah nak berurusan dan bila dengan kawan tidak islamik( I mean agak social) agak social dan mesra..?boleh tak ana konklusikan muslimin macam ni hipokrit dan ego…”

Akhi akram ikrami tergelak.tapi jawapannya    mudah sahaja..

“ kembalilah pada hadaf sebenar kita berkawan dengan seseorang tu..paksikan alquran dan sunnah sebagai panduan,,janganlah jadikan alasan aku nak berdakwah padanya..dan hanya ini caranya…ingat al-ghayah la tubarirru wasilah (matlamat tak menghalalkan cara)…dan jangan kita jadi persis sosialisme..penyakit minda baru yang melanda remaja2x khusunya remaja islam…”

So.sahabatku yang disayangiku dan dirahmati ALLAH…insyaallah..
Mudah2xhan…apa yang aku share ni kalian tak terasa pun untuk judge ntum/ntuna sekalian tapi lebih kepada nak share apa yang sepatutnya kita buat sebagai HAMBA yang dikurniakan AKAL

Jom semak al furqan..surah al baqarah ayat 44
……”أَفَلاَ تَعْقِلُون “.
 Mafhumnya : “…adakah kamu tidak berfikir??”

So.use your brain n mind to think about it wisely…!! So..take care about your “ikhtilat”…^_^

 p/s: kali ni istilah "aku"digunakan..asif alla kulli hal...

No comments:

Post a Comment