pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Tuesday 29 April 2014

"IZINKAN,SAYA LAMAR AWAK SEBAGAI ISTERI KE 2 SAYA..."

part 1

Matahari pagi memancar terik menyimbahi wajah mulus Nur Aimi Humaira. Wajah kuning langsat miliknya itu berlitup manis dengan tudung labuh merah jambu. Sepet matanya menahan panas mentari Kakinya melangkah menuju ke sebuah kedai buku yang terkenal di sekitar Kota Bharu itu.
Kakinya menapak ke rak buku yang tersusun buku-buku agama. Koleksi yang membuat matanya berbinar-binar. Semua mahu dicapai dan dibeleknya.

“eksilokpedia Raheeq Makhtum” desisnya.
Buku sirah nabi itu dipegang agak berat kitab itu.
Duk!

Seseorang terlanggar belakangnya.
“maaf..” seorang jejaka tinggi lampai berjanggut sejemput itu menunduk,memohon maaf. Nur Aimi Humaira mengangkat mukanya dek fizikalnya yang rendah. Tertunduk malu bila orang yang melanggarnya itu seorang muslimin.
“takpe..” dia berlalu.
Menuju ke kaunter pembayaran bersama 2 buku yang diambilnya.
“allaaa… nak ambik buku tadi pun malu.. kenapa aku pergi letak balik…”rungutnya sendiri.
“ni saja?” soal juruwang itu.
“emm.. ni je..”suaranya perlahan. Bukunya discan. Rasa menyesal.
“kak.. saya tertinggal satu lagi buku..kejap ye.. 2 minit..” aksinya diperhati. Juruwang itu terkedu. Nur Aimi Humaira lansung meninggalkan kaunter,sedangkan dibelakannya 3 orang pelanggan sedang menanti.
“isshhh… budak ni bukan nak bayar dulu..esshh menyusahkan..”ngomel juruwang itu.
“saya bayarkan.. berapa? Kira sekali dengan buku ni..” suara jejaka itu.
“45.00 encik..”suara juruwang.
Not rm 50 dihulurkan. Baki diambik.
Beberapa minit kemudian..
“kak.. buku saya?” soalnya.
“dah ada orang beli.. lain kali bayar dulu,baru buat pembeliaan yang lain..awak ingat customer lain nak tunggu awak ke?” marah juruwang itu.
Nur aimi humaira tersentak. Kesal dan sebak. Kesal bukunya dibeli orang. Sebak dimarah depan pelanggan lain. Tak jaga maruah aku lansung akak ni.. desisnya..
Dia membuat pembayaran buku sirah nabawiyyah itu. Berlalu dengan kecewa.
Mukanya sedikit mencuka. Tidak semanis biasa.
“assalamualaikum..” ada suara menegurnya.
“waalaikumusalam..”dia berpaling. Terpana,  lelaki yang melanggarnya tadi. Dia ni punya pasal lah ni..detik hatinya. Geram.
“maaf dik.. ni buku awak.. saya bayarkan.. sebab customer menunggu tadi.. “plastic berwarna hijau muda itu dihulurkan kepadanya. Dia mendongak merenung wajah lelaki berkulit hitam manis itu. Tinggi.
“emm.. terima kasih… berapa us?” soalnya.
Lantak lah panggil je “ustaz” sebab dia pakai kopiah dan berbaju ala-ala kumpulan nasyid raihan.
“ eh tak mengapa lah.. saya belanja..”suara lelaki itu.
“takpe.. saya ada duit.. bukannya takde duit pun..ustaz cakap je..” suara Nur Aimi Humaira. Jejaka itu serba salah.
“rm10.00” suaranya. Nur Aimi Humaira mengambil purse purplenya untuk mengeluarkan not rm 10.00.
“emm.. 10.00 logik ke?” desis hatinya.
“ustaz biar betul..?” soalnya. Jejaka itu tersenyum. Manis.
“buku saya semuanya rm 35.00 la..” not rm 50.00 dihulurkan.
“alamak! Saya ada duit besar je ni.. emm.. macam ni la.. lain kali je awak bayar.. “suara lelaki itu dan ingin berlalu.
“Ustaz! Nah ambik je rm 50.00 ni saya tak nak hutang dengan orang.. nanti saya balik kena langgar ke apa ke.. dah saya mati dalam keadaan berhutang..macam ni.. saya suka datang sini tiap hari jumaat dengar ceramah.. kalau  ustaz datang sini.. ustaz bagi balance duit saya..” suaranya, tegas. Jejaka itu tersenyum nipis.
“insyaAllah..” not rm 50.00 itu diambilnya. Mereka berpisah disitu.


**************
“Allah.. ummi bukan Imad tak nak.. imad nak kahwin,cumanya masa belum sampai lagi.. calon pun takde lagi ni.. imad nak cari yang sesuai dengan imad.. faham tugas dakwah imad.. “ Imad Rayyan meraup rambutnya kebelakang. Itulah topic umminya sejak usianya menginjak ke 26 tahun itu. Muda lagi. Dunia dakwah merupakan kerjaya utamanya walaupun dia mempunyai kelulusan Sarjana Muda Syariah. Berkhidmat mengajar agama di masjid-masjid dan mengajar mengaji dirumah anak yatim merupakan hobinya. Membantu gerak kerja islam adalah kerjaya utamanya. Dakwah makanannya. Tarbiyyah santapannya. Tak pernah lagi selama ini dia mintak wang dari umminya. Malah rezekinya lebih murah dan ada tabungan untuk masa depannya. Dia yakin REZEKI, JODOH semua di tangan ALLAH.
Puan Muhaya merengus kasar.
“ummi tahu.. nah sekarang ummi bawa calon pada kamu.. tengok gambar tu.. anak makcik esah,baru balik Jordan 3 hari lepas.. sekarang kerja kat Sekolah Tahfiz. Cubalah tengok , mana tahu berkenan.. kamu cari tak jumpa.. ummi cari pulak kamu cerewet.. imad.. imad..” ngomel umminya.
Imad mengambil malas sekeping gambar yang diletakkan umminya diatas meja itu.
Wajah seorang gadis berlitup dengan jubah berwarna coklat itu direnung sekadarnya. Cantik. Cuma..
“ nanti kamu free kita pergi rumah makcik esah.. ummi aturkan.. kamu ikut je..” suara umminya. Imad Rayyan mengeluh halus. Jujurnya wajah manis gadis yang ditemui tadi lebih membayangi ruang mindanya, segera istighfar meniti dibibirnya.


*************
“ma.. tadi kan.. ami saje jalan-jalan dan survey area kota bharu tu kerja kosong.. takde yang berkenan.. emm,ami rase lah nak kerja kat PASTI je.. ada sorang kakak ni tawarkan,fulltime..”suara Nur Aimi humaira.
“berapa gajinya…?” soal Puan Rohana.
“emm..rm1+++ lebih bolehlah kan..” suaranya.
“rm1+++ je.. kakak kamu kerja gaji rm 3+++ ijazah jugak.. kamu pun ijazah.. kerja lain la..” suara ibunya memberi pandangan.
“masalahnya ma… PASTI tu walaupun gaji tak seberapa,biah dan suasana dia tu yang ami suka… main dengan budak-budak..tarbiyyah anak-anak kecil.. ami ok je..”
Nur aimi humaira menggupas bawang besar . Puan Rohana yang memotong kubis itu merenung anak keduannya itu.
“ami.. ma tahu citarasa kamu tu.. Cuma kamu tu kena fikir nanti nak kahwinnya.. setakat gaji rm1+++ tu.. berapa je la yang kamu dapat menabung..”suara ibunya. Nur Aimi humaira menrengus.halus.
“nanti la.. ami cari kerja lain lagi.. tapi PASTI tetap dalam senarai ami..” suaranya.
Puan rohana menggelengkan kepalanya.

***********

Nur aimi humaira memarkir kereta kancil miliknya ibunya diruangan yang disediakan itu.
Jubahnya berwarna ungu itu ditilik melalui cermin kereta dengan tudung bidang 60’ bunga tabur halus . menarik dan sopan.
Simple. Itulah dirinya, beg berwarna hitam dihiasi dengan sebuah teddy bear kecik tergantung pada zip. Comel. Itu jugak sifatnya, kebudak-budakkan.
“kamu tu dah 23 tahun ami.. cuba matured sikit..” tegur kakak sulungya sambil memangku anak sulungnya yang berusia setahun.
“alaa relaxlah.. akak.. ami kan memang comel.. hehe..” dia tersengih. Mengenang kenangan bersama kakaknya yang kini bekerja di bumi borneo bersama suaminya.
“now I am 24 years old.. hehe.. sopan plus kebudak-budakkan .. be yourself..” dia menapak menuju ke Pejabat Agama Islam Kelantan. Ralit membetulkan tudungnya sebelum sesi temuduga dijalankan .
Puk! Terlanggar lagi. Fail birunya jatuh.
“maaf makcik..saya tak sengaja..”suara Nur Aimi Humaira. Lansung dia menunduk dan membantu wanita itu.
Wanita lingkungan lewat 40 an itu memandang wajahnya. Berkerut mukanya. Menahan sakit.
“sakit kaki makcik ni..”suaranya.
“meh..saya tolong makcik.. kita pergi klinik ye.. saya bawak dan bayarkan.. saya tak sengaja..” risaunya. Wanita itu dipapah menuju ke kereta kancil “miliknya”.
Selepas selesai rawatan ringan diklinik berdekatan sekitar kota bharu itu, dia menawarkan diri menghantar wanita itu.
“makcik.. saya hantarkan..” suaranya.
“takpe lah..aimi.. anak makcik habis kerja pukul 5 nanti.. dia datang ambik lah.. dia mengajar sekarang..”suara makcik itu.
“oo.. kalau macam tu saya je lah yang hantar makcik.. serba salah pulak.. hee..emm, makcik tinggal kat mana?” soal Nur Aimi humaira,
“makcik memang asal kota bharu.. dekat pangkalan chepa” suara makcik itu. Nur Aimi Humaira menganggukkan kepalanya.
“jom la.. saya hantar makcik..” akhirnya wanita tua itu akur.
“ belok kanan…”suaranya. Nur Aimi Humaira membelok kearah yang dipandu oleh wanita itu.
“hah..! tu rumah makcik..” suaranya.
“oo.. yeke? Alhamdulillah.. dah sampai.. “ Nur Aimi Humaira memapah wanita itu menuju ke rumahnya.
“jom masuk dulu ami.. minum air..”pelawa wanita itu.
“takpe la makcik.. ami balik terus la.. segan la pulak..”suaranya berbasa-basi. Memang tekaknya tengah haus sekarang.
“segan apanya.. makcik tinggal dengan anak bujang makciknya.. yang lain dah bekeluarga dan belajar.. pakcik dah meninggal 9 tahun lepas..” suara makcik itu. Nur aimi humaira melangkah ke rumah batu sederhana besar itu. Kemas.
“makcik ke dapur kejap..ami duduk la..”
“takpe.. makcik, jom kita buat sama-sama…” nur aimi humaira mengekori makcik itu ke dapur.
“anak makcik mana? Dia belajar lagi ke?” soal Nur Aimi humaira.
“yang tinggal dengan makcik dah kerja.. dah 26 tahun pun.. yang belajar kat negeri  sembilan sorang. Yang bongsu perempuan kat kuala lumpur... dia anak sulung lelaki. Kakak-kakak dia semua kerja kat KL dan Kelantan ni sorang tapi semua dah bekeluarga.. makcik tinggal dengan yang sorang tu je la, dia mengajar..” cerita makcik. Bersungguh-sungguh. Nur Aimi humaira mengangguk.
“ami tinggal kat mana?”
“ami tinggal kat wakaf bharu.. emm, ami baru je habis belajar.. tengah cari kerja makcik sekarang.. Cuma part time kat Pasti Al Irsyad.. tu je lah yang ami buat sekarang..” suaranya, ceria.
“oo.. dah kahwin?” soal makcik.
“belum..”malu-malu dia menjawab.
“makcik pergi pejabat agama tadi kenapa?” soalnya.
“oo.. makcik pergi ambik duit bantuan zakat.. makcik dapat sejak dulu lagi..” suaranya.
Air teh telah siap dihidang bersama bahulu kampung.
“oo..macam tu..” matanya melirik melihat jam ditangan.
“makan la ami.. minum… kejap lagi anak makcik balik la tu…” suara makcik.
Kringg… telefon rumah diangkat. Selepas 5 minit…
“sape makcik?” soal Nur Aimi Humaira
“anak makcik.. Imad, dia nak balik dah.. tanya makcik nak pesan apa-apa ke.. “ makcik merenung Nur Aimi Humaira yang manis tersenyum.
“oo.. kalau macam tu makcik.. ami beransur dulu la.. dah nak dekat asar ni..”
Dia menyalami wanita lewat 50 an itu.
“ami lain kali datang lagi rumah makcik.. makcik bosan duduk rumah sorang-sorang.. ada teman menyembang seronok sikit.. kejap ye.. ambik nombor rumah makcik.. “ makcik itu berlalu. Nur Aimi humaira serba salah.
“nah.. simpan ye.. bila free telefon la makcik ye..” bersungguh wanita tua itu. Nur aimi humaira tersenyum. Tak semena-semena pipi halusnya dicium.
“makcik. Suka la kat kamu..” suara makcik itu.
Merona malu Nur Aimi humaira.

“assalamualaikum makcik..”

“waalaikummusalam.. hati-hati ye nak..” makcik itu tersenyum. Menghantar gadis manis itu dengan lirikan matanya.


No comments:

Post a Comment