pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Thursday 3 April 2014

perjalanan dakwah

~HAKIKAT SEORANG DAIE~


Perjuangan andai senang
Pasti semua menyukai..
Perjuangan andai mudah..
Pasti semua endah..

Hakikat perjuangan..
Sememangnya SUSAH..
Sememangnya LELAH..

“dalam perjuangan pasti ada lompangnya, tinggal kita yang akan menyempurnakan lompangnya sebagai daie Allah”

Ustaz Nasharuddin Tantawi
Ijtima GAMIS 2012

Pejuangan,
Menuntut seribu pegorbanan..
Menuntut seribu kepayahan..
Menuntut seribu kepenatan..
Wahai pengaku DAIE!
Hebatkah kalian andai tiada rasa TAKUT pada pencipta alam..
Hebatkan perjuangan andai RASUL dan SIRAHNYA dilupakan..
Hebatkah perjuangan andai IBUBAPA mu tidak diendahkan..
Hebatkan perjuangan andai SAHABAT mu terguris hati dengan sikap kalian..
Kalian PURA-PURA SUCI dalam perjuangan..

Jagalah hati dalam medan ini..
Kerna HATI sasaran utama TARBIYYAH..
Jagalah hati dalam perjalanan ini..
Kerna HATI penentu kepada khatimah …
“HATI pendakwah kerna BERSIH kalau kotor mana mungkin dia mampu MEMBERSIHKAN hati manusia lain”
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ijtima pemuda     
pagoh 2013

yakinah!
Janji ALLAH ..
Janji syurga menanti..
Andai IKHLAS dihati..
Kefahaman dihayati..
Ukhuwwah dirasai..

Bukan hanya hebat menaip cerita tarbiyyah..
Tapi kalian REBAH dalam landasan ..
Bukan hanya hebat melukis kartun dakwah..
Tapi kalian HIPOKRIT  dalam tindakan..

Istighfarlah..
Ubat jiwa kiriman YA RABBI..
Kerna BIMBANG hatimu terlampau KOTOR..
Hingga semuanya terasa tak sempurna..
Sahabat dirasakan meyampah..
Sedangkan pernah bersama dalam arena dakwah..

Istighfarlah..
Agar perjuanganmu lebih indah..
Agar kita semua berkumpul di arafah akhirat..
Bersama RASULULLAH dan para pendakwah!


 aku juga tidak sempurna cuma mengharapkan bingkisan ini menjadi peringatan bersama~

Bintu Ibrahim
04042014

2 comments:

  1. al-hamdulillah, terima kasih sahabat. Peringatan & tazkirahmu menghidupkan jiwaku. Moga perjuangan Islam ini akan sentiasa menghiasi kehidupan kita hinggalah nyawa berpisah dari badan kerana kita adalah da'ie Ilahi hingga akhir kehidupan. Salam Jumaat kareem

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM SAYYIDUL AYYAM ukhtiku..
      syukran kerna sering singgah di laman blog ni..~

      Delete