pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Monday 14 April 2014

istikharah VS istisyarah. 2 kalimah " kembar"


ISTISYARAH vs ISTIKHARAH
Salam semanis kurma semua.

Hari ni isu “ JODOH” bahagian 2 ingin sekali ku kongsi “2” istilah ini untuk tatapan pengunjung blog~

Istikharah :meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih diantara beberapa kemungkinan yang diharuskan syara’. Adapun  pilihan untuk perkara bermanfaat atau mudarat,apatah lagi halal dan haram.

Istisyarah : meminta pendapat beberapa orang yang boleh dipercayai dalam membuat sesuatu keputusan.

Apa kaitan dan “kembar” nya ke dua kalimah ini??

Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman – sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata- hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya – sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.

Ku bawa senario hari ini..
--- kisah 1 ----

“akak.. saya yakin.. dia pilihan dan jodoh yang Allah berikan pada saya!!” suara sofea. Bersemangat.
Mia merenung adiknya itu.
“buktinya?” soal Mia.
Sofea merenungnya tak puas hati barangkali.
“yelah.. dalam mimpi.. sofi Nampak dia.. dia pakai jubah putih dan pegang cincin..” cerianya.
Mia menggelengkan kepalanya.
“sofi.. istikharah ni bukan mimpi.. istikharah ni kita mohon doa daripada Allah dan kita tenang dalam membuat keputusan.. mimpi tu mainan tidur sofi je.. ye lah tiap2 hari dok tilik gambar Arshad tu mana tak bawa ke mimpi..” mia merengus halus. Sofea menjeling geram.

--- kisah 2 ---

“ iyad.. aku yakin la istikharah dah buat 5 kali.. memang dia jodoh aku..” suara Aiman.
“ kau dah istisyarah?” soal Iyad.
“istisyarah.. apa tu? Bukan istikharah ke kalau nak pilih jodoh..” suara aiman. Pelik.
Iyad yang sedang membaca buku “ Relasi”karya  Hilal Asyraf memandang sahabatnya.
“salah tu.. istikharah bukan untuk soal jodoh je.. istikharah ni untuk semua perkara yang membuatkan kita berdepan dengan pilihan.. minta petunjuk dari Allah.. dan istisyarah pulak.. mintak pandangan orang yang kita hormati.. contoh mudah ibubapa, murabbi ka.. macam tu la..” suara iyad.
“oo..ok! kau?”
Iyad tersenyum.” Pun boleh... aku kenal Atheeqah tu.. dia jiran aku.. family dia memang dari keturunan yang baik-baik.. dia pun bekas sekolah agama dulu, sekarang kat uia pun dia amik law syariah..” suara Iyad. Aiman tersenyum.

Jelas bukan istikharah di bantu oleh istisyarah. insyaAllah keputusan yang diperolehi akan mendapat barakah.

sahabatku,
kita semua kena jelas apakah MATLAMAT perkahwinan?
pegang lah pada kedua perkara utama ini..

1) prinsip/tujuan perkahwinan.
- apakah tujuan perkahwinan.. nafsu semata-mata, cukupkah sekadar halal untuk berpegangan tangan dan bersentuhan. atau matlamat kita sunnah nabi ini merupakan jalan kita ke syurga Illahi..
kita sendiri menentukan.. hadaf "PERKAHWINAN" kita..

2)cara pendekatan dan pelaksanaan.
- adakah method kita mengenali bakal pasangan kita dengan chat melalui FB,weChatt atau whatApps atau seangkatan dengannya.. atau adakah memalui kedua ibubapanya,atau org tengah sebagai perantaraan mengikut sunnah baginda SAW.. jadi kita sendiri yang mencorakkannya..


Kata seorang guru :
Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada-adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka, tatkala akad sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumahtanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangannya akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka, tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.
Nauzubillahi min zalik..~

Konklusi,
Jaga hati dalam mencari cinta sejati..
Moga ketemu pemuda beriman tinggi..
Moga ketemu gadis suci peribadi..
Wallahualam.. ^_^

2 comments:

  1. Ameen Ya ukhti. Moga mira jumpa jodoh terbaik yang ALLAH tentukan buat mira. QalamWardahZinnirah hanya mampu kirimkan doa buat kebahahagiaan dunia akhirat insan bernama Nor Amira Ibrahim.

    Terima kasih untuk 'post' ini. Memberi pencerahan kepada manusia yg kurang memahami.

    ReplyDelete
  2. afwan ya ukhti mahbubati.. insyaAllah ilmu yang dimiliki ingin dikongsi utk tatapan semua pengunjung entri..
    moga urusan jodoh sahabat2 semua dipermudahkan Illahi..=)

    ReplyDelete