pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Monday 21 April 2014

sifat seorang DAIE ^_^

Salam mesra berbaur chenta kepada semua pembaca entri..
Apa khabar IMAN?
How are you HATI?
Kaifa haluk DAKWAH?

Dakwah~
Siapa yang wajib melaksanakannya..
Siapa yang harus melakukannya..
Siapa yang sunat mengamalkannya..
Siapa yang makruh menurutinya..
Siapa yang haram menyampaikannya..
Semua persoalan itu JAWAPANNYA adalah satu..

TIAP YANG MEMIKUL “KALIMAH SYAHADAH” ADALAH PEGAWAI “PENDAKWAH” DI BUMI ALLAH!
Jelas??
Ok begini..

Dakwah ke jalan Allah s.w.t. ialah perbuatan yang paling mulia dan berharga di dunia ini. Ia merupakan kaedah (manhaj) yang benar dan jalan yang lurus iaitu jalan para nabi, rasul dan orang-orang yang saleh. Pendakwah hendaklah berpegang dengan seruan dakwahnya dan menunjukkan contoh akhlak yang mulia serta beramal dengan prinsip-prinsip asas dalam perlakuan dan kata-katanya. Pendakwah juga hendaklah beriltizam dengan bersungguh-sungguh tentang apa yang didakwahkannya kepada orang ramai. Dengan itu, pendakwah perlu berdakwah melalui perbuatannya, bukan dengan kata-katanya sahaja.

Qudwah qabla Dakwah~
Untuk berdakwah ada beberapa cirri yang perlu sebati dan serasi dalam diri seorang DAIE itu sendiri.. disini saya sajikan kepada kalian semua pengunjung entri apa criteria sifat seorang daie awesome!

1) Hubungan dengan ALLAH SWT dan Manusia
* seorang daie yang hebat dan mantap akan sentiasa UPDATE hubungannya dengan ALLAH kerna mereka sedar tanggungjawab mereka menyampaikan dan ALLAH lah pemutus segala keputusan.Niat mereka dalam menyampaikan dakwah juga menjadi factor utama kejayaan sesuatu dakwah.

contoh: bukan kuasa Ammar untuk member hidayah kepada Ah Lim tetapi Allah lah yang mengerakkan hidayah ke lubuk hati Ah Lim.
Jelas??
Maknanya seorang daie perlulah sentiasa KEEP IN TOUCH dengan Al khaliq.
Firman Allah Taala:

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah s.w.t. Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).

Daie juga akan sentiasa berusaha menjaga hubungan mereka dengan Manusia disekelilingnya. ^_^

2) Mengawal Hawa Nafsu/Diri
Ya! Seorang DAIE perlu sentiasa konsisten mengawal hawa nafsu..
Jangan terburu-buru.
Jangan cepat marah atau mengalah.
Jangan melakukan kejahatan.

Imam Al Ghazali:
dalam kesibukan berdakwah kepada orang ramai,pendakwah perlu memperbaiki dirinya terlebih dahulu

Contoh: Haziq seorang yang bakhil, seharusnya dia mengubah dirinya kepada seorang yang pemurah sebelum menyampaikan kepada orang ramai agar bersifat “pemurah”.
Hal ini berkait rapat dengan penerimaan orang ramai terhadap apa yang kita ucapkan. ^_^

3) Bersifat Dengan Sifat Yang Mulia
Benar! Daie bukan maksum. Tetapi tidak salah jika daie sentiasa cuba menyempurnakan Akhlak peribadinya supaya sentiasa AWESOME! Dan terbaik dimata ALLAH dan MANUSIA.
Daie yang berakhlak mulia bukan minta disanjung tetapi Allah SWT sendiri yang akan mengangkat Izzahnya dia hingga dia dihormati.
Jaga hati
Jaga akhlak
Jaga pergaulan
Sentiasa menjadi contoh kepada sahabat-sahabat disekelilingnya.
Menjadi qudwah dalam perbuatan dan perkataannya.. ^_^

4)yakin pada diri dan tawakkal pada Allah
Seharusnya!
Daie perlu yakin dalam menyampaikan ilmunya dan selebihnya tawakkal kepada Allah diatas segala usaha. Moga keikhlasan yang disampaikan mendapat keredhaan dari Tuhan. sesungguhnya benar kita tidak sempurna tapi jika ingin menanti hingga kita "a'zim" sampai bila ingin menyampaikan risalah dakwah..
~sampaikan dariku(nabi muhammad SAW) walaupun sepotong ayat~


Ok disini saja perkongsian simple dari ku kepada pembaca entri ruangan kali ini..
Ayuh.. menghayati sifat daie..
Moga hidup kita diberkati oleh Illahi..

Sedang berangan-berangan mengejar cinta Illahi..
Adakah mampu dicari..
Atau sekadar mimpi disiang hari..
Berbekal keyakinan dihati..
Pasti ku buru cintaMU ya Rabbi..


^_^ bintu Ibrahim 220414


No comments:

Post a Comment