~HAYATILAH WAHAI PENGAKU PEJUANG ISLAM~
Ada
tiga orang pemuda yang dikehendaki berjalan di sebuah padang rumput yang luas.
Mereka diminta berjalan hingga melepasi penghujung padang rumput tersebut dalam
jangka masa yang ditetapkan. Dengan persediaan yang rapi, mereka memulakan
perjalanan dengan harapan dan semangat agar mereka berjaya sampai hingga ke
hujung padang.
Dalam
perjalanan, mereka mendapat pengalaman yang baru. Melihat bunga-bunga yang tak
pernah mereka jumpa, melihat rama-rama terbang riang menceriakan perjalanan
serta menghayati kicauan burung yang menenangkan. Mereka sangat gembira sambil
berpegangan tangan, berjalan seiring menuju matlamat.
Namun
di tengah-tengah perjalanan, seorang di antara mereka berhenti. Di tengah
perjalanan itu, dia merenung kaki seluarnya yang dipenuhi dengan kemuncup.
Sebenarnya, dia terasa sedikit sakit sebab itulah dia berhenti. Lalu dia
bertindak mencabut satu persatu kemuncup tersebut hingga kaki seluarnya kembali
licin. Dua orang sahabat hanya tersenyum menunggu.
Kemudian,
mereka kembali meneruskan perjalanan. Kali ini setelah beberapa ketika, seorang
yang lain pula berhenti. Memandang seluarnya yang ditusuki kemuncup, dia
menunduk berniat untuk mencabutnya. Tetapi kali ini pemuda yang ketiga merenung
tajam. Dia bingkas menegah tindakan rakannya kerana menganggap tindakan
tersebut melambatkan perjalanan.
Pemuda
ketiga itu berhujah, mereka punya matlamat yang lebih besar berbanding mencabut
kemuncup di kaki seluar. Baginya, mereka perlu menyelesaikan tugasan yang
diberikan memandangkan mereka kesuntukan masa. Tegasnya, itu yang lebih utama.
Tetapi
rakannya tidak mahu mengalah. Rasa tidak selesanya dipertahankan. Baginya, dia
perlu membersihkan seluarnya. Muktamad.
Perbalahan
tidak berakhir. Kemuncup dijadikan masalah utama berbanding matlamat di hujung
jalan. Padahal, kalau mereka daripada kalangan orang-orang yang berfikir,
kemuncup hanyalah masalah cabang yang ‘boleh’ diketepikan.
Begitulah
juga dalam perjuangan yang panjang ini. Kita sibuk memikirkan masalah-masalah
kecil yang tidak utama berbanding dengan matlamat besar yang lebih perlu untuk
kita fokuskan. Perbincangan dan perbalahan dalam perkara ini sama sekali tidak
menguntungkan. Kita kesuntukan masa untuk berbalah, ego dan mempertahankan
pendirian peribadi.
Apa
salahnya kita bersama fikir maslahah yang lebih besar dan ketepikan ego kita.
Ya, ego kita mungkin terguris. Perasaan dan jiwa terganggu. Ya, bukan mudah
mengenepikan perasaan dan ego sendiri.
Tapi
bukankah ada kemenangan yang lebih besar, kegembiraan yang tersebar buat semua
orang. Berbanding kegembiraan yang dicapai dengan ego, yang hanya dikejar untuk
kemenangan diri sendiri?
Tolonglah
ahli gerakan Islam yang berjanji memperjuangkan Islam, ketepikanlah kemuncup
dalam perjuangan!
KERNA AKU JUGA SEDANG MEMASANG JANJI!!
Bintu Ibrahim
240414
Ameen...moga sahabat dunia akhirat saya ini menjadi salah seorang mujahidah Islam sepanjang perjalanan hidup amira bergelar muslimah. I always pray for the best to you my dear sahabat. Betul perjuangan Islam memerlukan kekuatan rohani & fizikal.
ReplyDelete