pembuka bicara...

Hello Kitty Happy

Tuesday 29 April 2014

"IZINKAN.. SAYA LAMAR AWAK SEBAGAI ISTERI KE 2 SAYA"

part 2

************

“dah siap?” soal Puan Muhaya.
Imad Rayyan lengkap berbaju t-shirt dengan seluar slack. Kopiah putih tersarung diatas kepalanya.
“dah.. ummi, jom” suaranya. Malam ini dia akan menuju kerumah “bakal” calon menantu umminya.
Dia tidak begitu tenang dan tidak begitu teruja. Biasa-biasa sahaja. Sudah seminggu dia mengerjakan solat sunat istikharah memohon ketenangan dari Tuhan Azza Wa Jalla. Hatinya tetap sama.
“masuk k.ya.. Imad..” mesra makcik Aishah. Masing-masing melabuhkan punggung diatas kerusi sofa empuk itu.
“pakcik mana makcik aishah?” soal Imad Rayyan. Sopan.
“pakcik Man pergi surau.. tak balik lagi la tu..sembang-sembang. Kejap ye..Mila!.. ni bawak keluar air kat tetamu ni..” seorang gadis berkurung sopan. Dengan tudung sepadan mengikut bajunya menatang dulang berisi air kopi dan kuih bingka ubi.
“bingka ni syamilah yang buat..” Makcik Aishah mengangkat saham anaknya. Telah dimaklum hajat kedatangan itu oleh Puan Muhaya. Puan muhaya tersenyum. Tangan dihulur kepada gadis itu.
“makcik sihat?” lembut tuturnya.
“sihat.. syamilah duduk la sini.. kita pendekkan cerita.. berkenalan la dengan anak makcik.. Imad..” suara puan muhaya. Imad Rayyan tersenyum nipis pada Syamilah yang curi-curi merenungnya.
Entah kenapa tidak timbul perasaan teruja untuk berkenalan dengan gadis itu.
“jom.. kak aya.. kita ke dapur.. saya nak tunjuk ubi keledek dan buah naga yang saya kutip tadi.. masak ranum…” suara Makcik aishah. Puan muhaya berlalu. Sebelum itu sempat dikuis peha anak lelakinya itu.
Faham benar Imad Rayyan maksud umminya itu.
Kini.
Tinggal dia berdua-duan bersama Syamilah. Bakal isterinya,menurut umminya. Dia sendiri sedang merencana pertemuan untuk bertemu dengan gadis yang Berjaya mengetuk pintu hatinya jumaat yang lepas. Esok merupakan hari jumaat,jujurnya dia tidak sabar untuk menuntut janji bertemu  dengan gadis itu. Ada “hutang” antara mereka.
“nti.. sihat?” soalnya. Memulakan bicara. Logik ke soalan aku ni? Desisnya.
“sihat je… abg imad?” soal gadis itu.wajahnya merona malu.
“em.. Alhamdulillah… nti kerja kat mana?”soalnya lagi.
“dekat sekolah Agama Tahfiz..” suaranya.
“oo.. ana, ana terus terang dengan nti.. nti betul-betul setuju nak berkahwin dengan ana?”soalnya.
Gadis berusia 25 tahun itu merenungnya.
“malu la milah…” dia tersenyum halus. Imad Rayyan merengus.halus.
“syamilah.. ana terus terang dengan nti.. sebelum nti, ana dah jatuh cinta..ana, kagum dengan nti.. nti baik. Cuma…” Imad Rayyan terdiam. Cuba menyusun kata. Ingin diluah mengenai kerja dakwahnya yang merupakan “kekasih” pertama dalam hatinya. Mohon agar bakal surinya kelak memahami dan tidak menghalang.
“maksudnya.. abang dah ada orang lain.. maaf! Milah pantang bermadu…milah tak boleh terima..” ada kesal dan sebak dalam nada suaranya.
Perkataan itu “zuppp” menembusi hati Imad Rayyan. Entah kenapa dirasakan inilah “jawapan” kepada kegusaran hatinya.
“maaf…” suaranya. Mati harapannya.
Selepas hampir 15 minit dibiarkan keadaan mereka begitu..kedua wanita lewat 50 an itu muncul dengan wajah yang ceria.
Pelik. Kenapa keduanya menyepi.
“imad…” suara puan muhaya.
“milah tak boleh terima abg imad.. milah,minta maaf..” syamilah berlalu. Tersentak Mak cik aishah.
“kenapa ni imad?” soal Puan Muhaya.
“maaf makcik.. ummi.. imad tak bersedia.. syamilah baik, terlampau baik untuk imad.. maaf ye makcik aishah.. ummi, imad nak balik..” suaranya. Tenang.
 Malam itu bertemankan tikar sejadah dan butiran tasbih. Imad rayyan bermadu kasih dengan Al Khaliq.
Ya Allah. Aku hamba-MU yang lemah. Hamba-MU yang hina.. aku hanya mengharapkn seorang insan yang bakal melengkapi tulang rusukku.. adalah pembela agama-MU.. pendokong agama-MU… bukan sahaja sayap kiri dalam perjuangan islam menemaniku.. malah insan terbaik untuk melahirkan generasi ummat Nabi-MU juga sebagai ibu terbaik bagi anak-anakku kelak.. Ya Allah.. aku mohon permudahkan urusan ku.. mudahkan urusan kami semua.. lembutkan hati ummiku agar memahamiku.. maafkan aku yaAllah..” ada air mata ditubir matanya.
**************
“mana budak tu?” desisnya. Baki rm 15.00 dimasukkan kedalam envelop coklat.
Dari jauh seorang gadis berjubah maroon menghampirinya dengan tudung bidang 60’ di palang kekiri dan kanan bahunya. Simple dan sopan.
“assalamualaikum.. ustaz!” sapanya .tegas.
“waalaikumusalam…” matanya kagum dengan wajah manis itu.
“mana baki duit saya?”soalnya. tanpa banyak berbasa-basi.
“nah.. saya Imad Rayyan” envelop dihulur.
Gadis manis itu mendongak melihatnya..
“terima kasih.. saya Nur Aimi Humaira.. panggil je aimi.. ok ustaz! Saya balik dulu.. assalamualaikum..” gadis itu berlalu.
“waalaikummusalam..”
Imad rayyan tersenyum. Pertemuan selama 5 minit itu dirasakan cukup bermakna. Moga ada hasilnya.
***********
“malunya…” gadis itu tertunduk malu. Sebaik jejaka berjubah putih itu menghampiri ayahnya. Untuk menyatakan “lafaz sakinah”.
“aku terima nikahnya Nur Aimi Humaira binti Irsyad dengan mas kahwin rm 4000 ringgit tunai..”
Sah!
Selesai solat sunat 2 rakaat.
“bismillahirahmani rahim.. saya Iyyad Rayyan Bin Mansur dengan ini bersedia menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri mu wahai isteriku,Nur Aimi Humaira Binti Irsyad, bersedia menggalas amanah dan segala kekhilafan mu untuk dibentuk menuju ke syurga iLLahi.. rabbi yasir wa latua’ssir wa tammim bi khair..” satu ciuman hinggap didahi isterinya. Jari manis itu disarung sebentuk cincin. Cantik. Nur Aimi Humaira mendongakkan wajahnya. Air mata menitis.
Dikucup tangan suaminya itu.
Wajah manis itu direnung penuh kasih bersama iringan pahala.
**************
2 bulan yang lalu..
Selesai qiam jam 4.30 pagi.. Nur aimi humaira teringat envelop bakinya..jemarinya meraba beg coklatnya..
“tebalnya rm15.00 je pun.. takkan…” Nur Aimi Humaira terdiam. Sekeping warkah dibuka perlahan-lahan.

Buat gadis solehah..
Assalamualaikum.. bismillah..
Maaf saya menggunakan perantara surat sebagai meluahkan rasa hati.. mungkin kolot atau tak sopan bagi awak, tapi ikhlasnya.. sejak pertemuaan pertama di hari sayyidul ayyam yang lalu.. saya langsung menitipkan mengenai awak didalam rangkaian doa.. moga awak adalah insan pilihan yang Allah hadiahkan kepada saya sebagai teman perjuangan mengharungi kehidupan..
Kerna jodoh itu rahsia hamba dan tuhannya..
Saya merayu pada Allah agar awak sudi menerima saya.. walau kita memang tak pernah bersua atau berjumpa..
Memang segalanya bermula pada hari itu..
Saya memburu awak dalam doa..
Ye 7 hari menanti.. bukan waktu yang lama.. tapi panjang bagi saya..saya berharap sebaik warkah ini selesai dibaca.. saya dapat menerima jawapan dari awak.. selepas 7 hari beserta istikharah dan istisyarah.. tiada paksaan dari saya..
Cuma
Bismillah.. izinkan saya melamar awak sebagai isteri ke 2 saya setelah perjuangan islam adalah kerjaya utama saya.
Wasalam..
Iyad rayyan
27 jun 2013
Jumaat
013-3xxxxxx


Air mata menitis perlahan. Nur aimi humaira menahan sebak dan lansung tunduk sujud syukur.


No comments:

Post a Comment